Buletin

FRANCAIS FAST AND FURIOUS TUTUP TIRAI PADA FILEM KE-11

Pelakon Vin Diesel memberi bayangan francais filem Fast and Furious bakal menemui penghujung pada filem ke-11.

Dia mendedahkan terdapat dua lagi filem dalam pembikinan yang bakal ditayangkan pada tahun 2023 dan 2024.

“Setiap cerita berhak mempunyai pengakhiran yang tersendiri,”

“Saya tahu ramai berasa ia tidak sepatutnya berakhir tetapi berpandangan setiap perkara yang baik perlu mempunyai penamat penamatnya. Ada sebab kenapa francais ini memerlukan filem akhir,” katanya.

Vin Diesel melontarkan pandangan tersebut dalam satu temubual bersama The Associated Press ketika mempromosikan filem F9.

“Saya tahu ramai orang berasa (Fast & Furious) tidak sepatutnya mempunyai pengakhiran, namun saya fikir setiap perkara yang baik perlu ada penamatnya. Ada sebab kenapa francais ini memerlukan filem akhir.

Filem F9: The Fast Saga bakal ditayangkan kepada umum pada 25 Jun ini di Amerika Syarikat.

Dua filem terakhir itu juga bakal menampilkan sentuhan pengarah, Justin Lin yang membikin Tokyo Drift, Fast & Furious, Fast Five dan Fast 6.

Menurut Lin, F9 merupakan filem pertama di dalam bab akhir francais itu.

Justeru, katanya, dua filem terakhir sepatutnya berfungsi sebagai penamat kepada pengembaraan setiap watak dalam filem ini. – carscoops

Google ads
Back to top button