Buletin

INILAH VIN DIESEL VERSI SIAM. KAP KHUN KRAP

Seorang lelaki dari Thailand menjadi sensasi internet kerana mempunyai wajah mirip pelakon Hollywood terkenal, Vin Diesel, lapor portal Mothership baru-baru ini.

Lelaki tersebut dikatakan mula memuat naik gambar-gambarnya sejak 2019 dengan melakukan gaya-gaya menyerupai aktor francais filem Fast and Furious itu.

Dengan gaya seorang lelaki botak di belakang stereng kereta serta memakai baju t berwarna putih, lelaki tersebut jika sekali imbas kelihatan sama seperti Diesel.

Individu yang berasal dari Chiang Rai ini dipercayai sudah lama menyedari bahawa wajahnya mirip aktor Hollywood itu apabila sering memberi penghormatan kepada Diesel menerusi beberapa status di laman sosial sejak 2017 lagi.

Gambar-gambarnya yang lain digayakan mengikut watak-watak Diesel dalam pelbagai filem lakonannya seperti The Chronicles of Riddick dan Fast and Furious. – AGENSI 

Google ads
Back to top button