Buletin

CAWANGAN KE-79 PROTON 3S/4S KINI BERADA DI SEREMBAN.

Setia Auto Drive Sdn Bhd (Setia Auto Drive) telah dibuka secara rasmi sebagai cawangan pengedar 3S PROTON yang mempamerkan warna Identiti Korporat (CI) Syarikat baharu.

Majlis telah dirasmikan bersama-sama oleh Dr Li Chunrong, Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, dan Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Aminuddin Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan. Barisan Pengarah Setia Auto Drive dan ahli pengurusan kanan PROTON turut hadir di majlis pelancaran tersebut.

cof

Cawangan Setia Auto Drive merupakan sebuah bangunan yang mengagumkan, dengan kos pelaburan hampir RM3 juta, termasuk kos pengubahsuaian bangunan. Para pengedar percaya bahawa ianya sebuah pelaburan yang berbaloi berikutan pada perkembangan semasa PROTON.

Cawangan ini terletak di Taman Perindustrian Galla, dikelilingi oleh kilang-kilang dan pelbagai kedai, iaitu kawasan yang menjadi tumpuan yang juga menempatkan penjual kereta jenama lain.

Di samping itu, lokasinya yang strategik boleh dilalui dari lebuh raya PLUS yang hanya berjarak pemanduan selama 5 minit dari Plaza Tol Bandar Ainsdale dan keluar dari Seremban-Labu.

Cawangan ini juga dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti Wi-Fi percuma, ruang untuk mengecas komputer riba dan ruang menunggu yang selesa. Untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan, cawangan ini turut dilengkapi dengan 6 petak penyelenggaraan, 6 servis pengangkat, 9 kakitangan jualan yang berdedikasi dan 8 kakitangan servis.

“Berita tentang perkembangan PROTON begitu memberi dorongan dan mengujakan. Ianya sangat jelas bahawa pengguna kini telah mengubah persepsi mereka terhadap jenama. Sebelum ini jenama Syarikat bukanlah pilihan utama pelanggan, tetapi sekarang, pendapat mereka telah berubah.

“Bagi saya, saya sangat berpuas hati untuk menjadi sebahagian daripada jenama. Selain daripada merupakan kereta kebangsaan, saya bangga kerana model baharu dari PROTON dapat memberi manfaat dan menambahbaik kehidupan pelanggan melalui ciri-ciri keselamatan yang dipertingkat dan teknologi terkini yang boleh didapati di dalam kereta-kereta Proton,” kata Dato’ Yap Kat Boon, Pengarah Setia Auto Drive Sdn Bhd.

79 cawangan 3S/4S baharu dan dinaiktaraf beroperasi di seluruh negara Sehingga kini, PROTON mempunyai 79 cawangan 3S/4S di seluruh negara untuk memastikan pelanggan dapat menikmati pengalaman jualan dan servis yang optimum.

Cawangan-cawangan ini telah dinaiktaraf dalam memastikan ia selari dengan keperluan identiti korporat terkini. PROTON juga merupakan syarikat auto nombor 1 dengan cawangan 3S/4S terbesar di seluruh negara.

“Di PROTON, pelanggan adalah keutamaan kami. Kami ingin mereka berkunjung ke mana-mana cawangan PROTON dan menikmati tahap kepuasan pelanggan yang terbaik.

Dengan 79 cawangan yang beroperasi sebagai 3S/4S, kami akan dapat memenuhi kesemua keperluan pelanggan di bawah satu bumbung,” kata Dr Li.

Google ads
Back to top button