Artikel PilihanBuletin

PERATURAN BARU CERMIN GELAP. TIADA LAGI HAD GELAP CERMIN BELAKANG

Jabatan pengangkutan Jalan hari ini mengumumkan peraturan baru bagi kadar ketelusan cermin gelap kenderaan.

Berkuat kuasa esok, tiada had ditetapkan bagi kadar ketelusan cahaya bagi cermin sisi kiri dan kanan penumpang belakang serta cermin belakang kenderaan persendirian, berbanding 30 peratus ketika ini.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, peraturan cermin gelap telah mengalami beberapa kali perubahan dari pentadbiran terdahulu.

Dalam sidang media khas hari ini beliau mengumumkan bahawa peraturan baru telah dibuat bagi ketetapan cermin gelap kenderaan di mana tiada lagi had dikenakan pada cermin penumpang belakang dan juga cermin belakang.

Dalam sidang media tadi juga beliau memberitahu bahawa mana-mana individu boleh memohon untuk menggunakan cermin gelap (melalui lapisan filem atau kaca gelap) bagi SEMUA cermin kenderaan atas faktor keselamatan dan kesihatan.

Permohonan tersebut dikenakan bayaran RM50 namun ia tertakluk kepada kelulusan. Jika diluluskan, bayaran sebanyak RM5,000 dikenakan. Namun tiada bayaran dikenakan jika kelulusan cemin gelap atas sebab-sebab kesihatan.

BACA: POLIS TRAFIK TAK SETUJU CERMIN GELAP

Google ads
Back to top button