CEROBOH LANDASAN KERETA API DEMI GAMBAR ESTETIK, KTMB AMBIL TINDAKAN UNDANG-UNDANG
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) tidak akan berkompromi terhadap individu yang menceroboh landasan kereta api dan tindakan itu boleh dikenakan denda RM500.
Ketua Pegawai Operasi KTMB Mohd Zain Mat Taha berkata, mengikut Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 semua kawasan landasan adalah kawasan larangan dan boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Seksyen 126 akta berkenaan.
Beliau berkata, masyarakat diminta supaya tidak menceroboh termasuk mengambil gambar di mana-mana landasan kereta api memandangkan perbuatan itu berbahaya sekali gus dikira menceroboh.
“KTMB tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang didapati melanggar peraturan ini. Kami menyeru orang ramai untuk sentiasa mematuhi peraturan keselamatan yang telah ditetapkan bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.
“Keselamatan adalah keutamaan KTMB dan kami berharap agar pencerobohan landasan kereta api tidak berulang lagi di masa hadapan,” katanya.
Ahad lalu, tular di laman Facebook serta media sosial lain pasangan pengantin mengambil gambar di Jambatan Guillemard di Tanah Merah.
Menerusi video berdurasi seminit 26 saat itu kelihatan seorang jurugambar lelaki sedang berlari dari landasan berkenaan, manakala pasangan pengantin itu hanya berjalan dengan santai untuk beredar dari landasan walaupun dihon oleh pemandu kereta api. – Harian Metro
- BACA: MEREMPIT DI ‘LITAR’ PERSIARAN RAJA MUDA MUSA, DUA TERMASUK REMAJA MAUT
- BACA: HONDA CIVIC FACELIFT 2025 DILANCARKAN DI THAILAND – TIGA VARIAN, 178HP, HARGA BERMULA RM132K
- BACA: REKAAN BERANI DIINSPIRASIKAN OLEH PEUGEOT 408, KLFW DESIGNER SEARCH 2024 PERKENAL TIGA BINTANG FESYEN BAHARU
- BACA: ZEEKR X DILANCARKAN DI SINGAPURA – DUA VARIAN, JARAK GERAK 440KM, HARGA RM675K