Buletin

ZEEKR X DILANCARKAN DI SINGAPURA – DUA VARIAN, JARAK GERAK 440KM, HARGA RM675K

Premium Automobiles telah melancarkan Zeekr, jenama kenderaan elektrik (EV) kedua dalam portfolionya, di ArtScience Museum, Marina Bay Sands.

Model Zeekr X Standard dan Flagship dilengkapi dengan bateri Li-ion 66kWh yang mampu memberikan jarak pemanduan WLTC sehingga 440km untuk model Standard motor tunggal, pacuan roda belakang.

Dari segi spesifikasi, Zeekr X 2025 mempunyai dimensi panjang 4,450mm, lebar 1,836mm, tinggi 1,572mm, dan jarak roda 2,750mm.

Di bahagian dalam, terdapat panel instrumen LCD 8.8-inci yang disokong oleh head-up display (HUD) 24.3-inci, skrin infotainmen 14.6-inci – boleh digerakkan dari posisi tengah ke hadapan penumpang.

Kelengkapan lain termasuklah terdapat lima kamera, lima radar milimeter, dan 12 radar ultrasonik yang membolehkan bantuan pemanduan Zeekr AD, termasuk kawalan pelayaran adaptif serta bantuan pertukaran lorong.

Model Standard RWD dipadankan dengan motor elektrik di belakang berkuasa 268hp dan tork 343Nm, memberikan jarak gerak 440km mengikut standard WLTC.

Sementara, Flagship AWD pula dijana dua motor mampu menghasilkan 422hp dan tork 543Nm, memberikan jarak gerak 420km.

Harga Zeekr X bermula dari S$199,999 (RM675,358) untuk model Standard pacuan roda belakang dan S$214,999 (RM726,010) untuk model Flagship pacuan semua roda.

Google ads
Back to top button