Buletin

DAPATKAN KOLEKSI BATMAN TERKINI DI CALTEX

Chevron Malaysia Limited (Chevron) yang memasarkan jenama Caltex di Malaysia hari ini mengumumkan koleksi Batman kini berada di stesen minyak Caltex seluruh negara.

Peminat Dark Knight dan para pengumpul boleh membeli semua empat figurin pada harga RM19.90 setiap satu. Anda hanya perlu mendaftar kad JOURNEY secara percuma, isi minyak minimum RM30 sama ada secara tunai, kad debit/kredit, StarCash, StarCard or ShopeePay untuk mendapat Kriteria Kelayakan.

Koleksi itu terdiri daripada Batwing dan tiga Batmobile yang merangkumi pelbagai filem Batman dengan saiz dan spesifikasi yang direka khas untuk Caltex. Berdasarkan kepada maklum balas yang memberangsangkan pada tahun 2019, koleksi Batman habis dibeli dengan pantas.

Pelanggan di Lembah Klang yang menggunakan aplikasi CaltexGO untuk mengisi minyak dan memenuhi Kriteria Kelayakan boleh membeli koleksi berkenaan pada harga diskaun RM17. Mereka juga boleh membeli Collector Kit eksklusif pada harga RM49.90 untuk mempamerkan koleksi tersebut. Batmobile dijual berasingan.

Figurin Batmobile ditawarkan pada harga RM19.90 di stor rasmi Caltex di mana pelangan perlu membeli produk minyak pelincir terlebih dahulu. E-baucar diskaun sebanyak RMe dijual pada harga RM0.01 juga boleh didapati di aplikasi Shopee sehingga stok masih ada. Selain koleksi Batman, e-baucar itu boleh digunakan untuk membeli bahan api dan minyak pelincir.

Pemegang kad JOURNEY pula boleh menebus satu figurin dengan 1,800 BPoints atau kombinasi 500 BPoints dan RM13. Pelanggan AirAsia boleh menebus poin BIG mereka untuk RM50 StarCash di aplikasi Air Asia Big Loyalty untuk membeli koleksi berkenaan.

Sempena pelancaran koleki Batman ini, Collector Kit dan RM100 StarCash boleh dimenangi melalui peraduan Caltex Snap, Tag & Win. Untuk mengambil bahagian, pelanggan perlu merakam selfie dengan standee Batman di stesen Caltex dan memuat naik ke Instagram Caltex Malaysia serta melengkapkan kapsyen:

  • “Saya suka Batman Collection kerana…” dan #CaltexMY #CaltexCubaTry #CaltexBatmanCollection ​

Pemenang peraduan akan dimumkan pada 30 November  dan 31 Disember 2021. Setiap transaksi RM30 ShopeePay akan memberi satu penyertaan untuk memenangi Collector Kit.

Tunggu apa lagi? Kunjungi stesen Caltex terdekat atau layari  Caltex Official Store on Shopee untuk melengkapkan koleksi Batman anda.

Maklumat lanjut, sila layari laman web: www.caltex.com/my/

Google ads
Back to top button