JPJ KELANTAN GIAT BANTERAS SYARIKAT JUAL KERETA KEPADA WARGA ASING
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) giat mengesan premis menjual kenderaan terpakai yang aktif menjual kereta kepada warga asing terutamanya etnik Rohingya.
Menurut Pengarah JPJ, Mohd. Misuari Abdullah, amalan penjualan kenderaan kepada warga asing tidak sepatutnya berlaku dalam urusan perniagaan.
Siasatan mendapati ada sesetengah syarikat menjual sebanyak hampir 10 buah kenderaan terpakai kepada warga asing.
“Kebiasaannya, warga asing akan memberi alasan bahawa mereka meminjam atau menyewa kenderaan semasa ditangkap memandu kenderaan di atas jalan raya,” katanya.
Dalam perkembangan sama, sebanyak 26 kes melibatkan kesalahan pemandu warga asing memandu secara haram di atas jalan raya sudah dihadapkan ke mahkamah sejak April lalu.
Jelas beliau, kesalahan dilakukan oleh pemandu warga asing adalah memandu kenderaan tiada lesen, memandu kenderaan semasa lesen kenderaan motor tamat tempoh, tiada perlindungan insurans serta salah guna lesen kenderaan motor.
Untuk rekod, pemilik kenderaan yang memberi sewa kepada warga asing ini telah didakwa di bawah Seksyen 23(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – KOSMO! ONLINE
- BACA: SEWA KERETA BEKAS KEKASIH. KUTIP SAMAN TRAFIK LANGGAR 49 LAMPU ISYARAT MERAH
- BACA: PEKERJA-PEKERJA SYARIKAT SEWA KERETA INI MERUPAKAN PENCURI PALING TERUK DI DUNIA
- BACA: KERETA KERAP ROSAK, LELAKI SEWA KELDAI UNTUK TARIK KERETA KE PENGEDAR
- BACA: MODUS OPERANDI BAHARU – CURI KERETA SEWA DAN JUAL DENGAN HARGA MURAH. HATI-HATI!