
AUTOMECHANIKA KUALA LUMPUR 2023 – LEBIH 300 PEMPAMER TERLIBAT, RUANG DAN PELUANG PERNIAGAAN TEMPATAN
Pameran perdagangan terkemuka Malaysia untuk industri automotif, Automechanika kini kembali dengan konsep ‘S.E.T.’ (Sourcing, Training and Entertainment) yang unik.
Bermula 16 hingga 18 Mac di Kuala Lumpur Convention Centre, Automechanika disertai oleh 330 pempamer dari pelbagai prospek pasaran sama ada pendigitalan atau elektrifikasi.
Pengurus Besar Messe Frankfurt (HK), Fiona Chiew berkata, “Sejak edisi terakhir pada 2019, kami terus menganalisis industri Malaysia dengan teliti memandangkan terdapat perkembangan positif di sini.

“Oleh itu, Automechanika Kuala Lumpur kekal penting seperti ketika kami mula-mula melangkah ke pasaran kira-kira 20 tahun lalu.”
Tambah beliau, Automechanika melangkaui platform dagangan dengan program pinggiran bagi menawarkan peluang baharu daripada aliran seperti pendigitalan atau rantaian bekalan elektrifikasi.
Bagi memudahkan pengunjung, Automechanika menyediakan pelan bagi setiap zon untuk sektor pasaran, perkhidmatan, teknologi serta produk yang terdiri daripada Kenderaan Elektrik (EV), Servis Penyelenggaraan Automatik dan Kenderaan Komersial.
Di Dewan 4 dan 5, pengunjung bakal ditawarkan pilihan produk seperti aksesori manakala di seluruh dewan 1 hingga 5 terdapat 300 pempamer dari 17 negara termasuk Australia, China, Jerman, Hong Kong, India, Itali, Korea, Lithuania, Malaysia, Mauritius, Oman, Poland, Singapura, Taiwan, UAE, UK dan AS.
Mengenai penglibatan pempamer, Automechanika berpendapat ia adalah ruang serta peluang bagi perniagaan tempatan untuk berhubung selain membuat rangkaian baharu dari jenama berpengaruh seperti Brembo, Caltex Delo, Carlas, CELETTE, dan SCHMACO.
GALERI:




- BACA: MYTUKAR TAWAR GANJARAN BERNILAI LEBIH RM168,888 DI PAMERAN AUTOFAIR HUJUNG MINGGU INI!
- BACA: DUA ACARA PAMERAN MOTOSIKAL TAHUN 2023 DIBATALKAN – DULU SEBAB COVID, SEKARANG TAK BANYAK PENYERTAAN
- BACA: MERCEDES TAYANG TRUCK PROTAIP eACTROSS DI PAMERAN PENGANGKUTAN IAA
- BACA: BILIK PAMERAN KERETA KENA SERBU. TEMPAHAN NAIK DUA KALI GANDA







