
HONDA CR-V i-MMD DILANCARKAN DI JERMAN, VARIAN PLUG-IN HYBRID JARAK 82KM
Honda telah melancarkan SUV terlaris mereka iaitu Honda CR-V generasi ke 6, dengan spesifikasi dan khusus untuk pasaran Eropah. CR-V ini dilancarkan dalam 2 pilihan trenkuasa samaada e:HEV hibrid i-MMD ataupun plug-in hybrid e:PHEV di pusat R&D Honda Eropah di Offenbach, Jerman bersama-sama e:Ny1 BEV
Dari segi luar, Honda HR-V untuk Eropah kelihatan hampir sama dengan model untuk Amerika kecuali dengan rekaan yang sedikit laun pada bampar, jeriji dan juga logo e:HEV dan e:PHEV serta varian ini disertakan dengan satu lubang khas untuk tujuan pengecasan di bahagian fender depan kiri
Bagi pasaran Eropah juga, tiada varian enjin turbo ditawarkan sama sekali dan hanya varian hibrid sahaja yang akan dijual bagi memenuhi komitmen neutral karbon oleh Honda. Tapi varian yang paling canggih semestinya varain e:PHEV yang menawarkan jarak perjalanan sejauh 82km dalam mode elektrik sepenuhnya serta boleh dicaj penuh dalam masa 2.5 jam sahaja

Persamaan antara kedua dua varian adalah penggunaan enjin 2000cc suntikan bahan api terus yang beroperasi dalam kitaran enjin Atkinson bagi memaksimakan kecekapan bahan api. Namun tugas enjin ini adalah semata-mata mengecas bateri hibrid dengan menghasilkan sekitar 142 kuasa kuda dan 190Nm tork.
Namun perbezaan utama ialah saiz bateri dimana varian e:HEV menggunakan bateri sebesar 1.06kWh manakala varian e:PHEV menggunakan bateri yang lebih besar bersaiz 17kWh. Bagi pasaran Eropah, varian e:PHEV juga ditawarkan dalam varian pacuan semua roda AWD
Walaupun tiada data teknikal berkenaan dengankuasa sistem hibrid e:HEV untuk model Eropah, semakan di laman sesawang Honda Thailand mendapati Honda CR-H e:HEV untuk pasaran Siam menawarkan sehingga 204 kuasa kuda dan 371Nm tork dari 0-2000 RPM. Sistem hibrid ini dibantu dengan motor elektrik yang menjana 135 kuasa dan 335Nm tork

Bagi varian e:PHEV pula, ia merupakan varian yang hampir sama dilancarkan di pasaran China menawarkan sehingga 215 kuasa kuda dan 335Nm tork namun jarak EV sepenuhnya adalah kurang daripada pasaran Eropah. Honda CR-V pasaran Eropah juga menjadi semakin besar dengan panjang 4694mm, lebar 1865mm dan juga jarak antara roda menjadi 2700mm manakala ruang kargo dibesarkan sebanyak 18%
Honda juga memberi perhatian yang lebib dalam binaan kualiti kabin dengan menawarkan komponen plastik berkualiti tinggi, sistem multimedia 9 inci, bentangan papan pemuka yang hampir sama dengan Civic, sistem penyaman udara 2 zon serta sistem audio dengan pembesar suara Bose. Dari aspek keselamatan, pakej Honda Sensing 360 merupakan ciri keselamatan standard pada semua varian