Buletin

CITROEN DS 5LS R

Citroen bakal memperkenalkan model konsep mewah dan berprestasi tinggi, Citroen DS 5LS R pada acara Beijing Motor Show 2014. 

Citroen-DS-5LS R-mekanika (3)

Model konsep ini dikuasakan oleh enjin petrol bersesaran 1.6 liter dengan pengecas turbo yang mampu menjana kuasa sehingga 300bhp dan tork setinggi 400Nm. Chasisnya juga telah diturunkan sebanyak 15mm berbanding model produksi.

Bukan itu sahaja, pembangunan teliti juga dibuat ke atas sistem brek dan prestasi. Fokus jentera ini terhadap prestasi dapat dilihat dengan jelas menerusi penggunaan pelbagai komponen gentian karbon.

Citroen-DS-5LS R-mekanika (5)

Gayaan sport Citroen DS 5LS R diserlahkan melalui warna merah (Carmine Red) dengan kemasan matt metalik. Gril DS Wings dihasil menggunakan karbon berwarna kelabu gelap. Sementara rim bersaiz 20 inci direka khas untuk dipadankan dengan aluminium berkilat yang ada pada bahagian luaran jentera ini.

Citroen-DS-5LS R-mekanika (1)

Bahagian dalaman Citroen DS 5LS R menyerlahkan kemewahannya melalui pelbagai material berkualiti tinggi. Antaranya ialah papan pemuka dan stereng yang dibalut dengan kulit Alcantara®. Tempat duduk, papan pemuka dan perehat tangan pula mempunyai kemasan jahitan merah.

 Citroen-DS-5LS R-mekanika (6)

Beijing Motor Show 2014 bakal berlangsung di China International Exhibition Centre  pada 20-29 April depan.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button