Buletin

CITROEN C3 AIRCROSS -PAKEJ GAYAAN BERBEZA, RM115,888 SAHAJA

Naza Euro Motors Sdn .Bhd., pengedar rasmi kenderaan Citroën di Malaysia melancarkan SUV terbaharunya, Citroën C3 Aircross secara rasmi semalam.

SUV dengan reka bentuk unik itu menawarkan ruang, teknologi, keselesaan dan keselamatan terbaik buat para pelanggan.

“Gayaan luaran dan dalaman SUV ini memang menyerlah. Kami yakin  Citroën C3 Aircross akan diterima baik oleh pengguna di Malaysia,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Naza Euro Motors, Yasser Awan.

Citroën C3 Aircross digerakkan oleh enjin turbo PureTech berkuasa 112PS dan tork 205Nm.

Dipadankan dengan kotak gearenam kelajuan Tiptronic, ia mampu mencatat kelajuan sehingga 200km/j dan memecut dari 0-100km/j dalam masa 10.4 saat. 

Melihat kepada rekaan luarannya, anda tidak akan tersalah Citroën C3 Aircross dengan SUV yang lain. Penampilan bahagian hadapan diserlahkan dengan rekaan dua lapis lampu, logo Citroën dan lampu utama jenis halogen yang nipis. 

Manakala lapisan kedua pula dihuni oleh lampu nyalaan siang (DRL) LED dan gril dengan kemasa hitam berkilat.  Gaya itu disempurnakan lagi dengan rim aloi “4Ever” bersaiz 17 inci. 

Walaupun kelihatan kompak dari luar, Citroën C3 Aircross tetap mampu menawarkan ruang yang luas dan selesa. Terima kasih kepada dimensinya yang sepanjang 4.15 meter, lebar 1.0 meter, tinggi 1.64 meter dan tapak roda 2.6m. 

Anda pasti tertarik dengan rekaan dalamannya yang berbeza dan moden. Kemasan warna merah/oren pada corong pendingin hawa membuatkannya nampak lebih bergaya dan memiliki personaliti tersendiri. 

Pemandu turut dihidangkan dengan skrin sentuh bersaiz tujuh inci yang diintegrasikan dengan ciri Citroën Connect Radio.

Ia membolehkan fungsi seperti Android Auto, Apple CarPlay, MirrorLink, Wi-Fi, Bluetooth dan USB digunakan.

Sebagai sebuah SUV yang sesuai untuk kegunaan keluarga, Citroën C3 Aircross mampu menyediakan ruang seluas 410 liter yang boleh ditingkatkan menjadi 520L apabila tempat duduk belakang ditolak dan lantai but direndahkan. 

Dari segi keselamatan pula, Citroën C3 Aircross dilengkapi 6 beg udara, Electronic Brake Distribution (EBD), Emergency Brake Assist (EBA), 2 cagak ISOFIX dan menerima penarafan lima bintang Euro NCAP. 

Jentera ini hadir dalam dua pek warna iaitu oren dan hitam. Pek warna Hitam hadir dalam pilihan warna merah dan biru, di mana perumah cermin sisi, lampu utama serta bar pada bumbung berwaerna hitam.

Sementara pek warna Oren pula menggunakan warna oren pada komponen sama, tetapi dengan tambahan warna sama pada cermin sisi belakang dan penutup rim. 

 Citroën C3 Aircross ditawarkan pada harga RM115,888 seunit dengan jaminan selama lima tahun atau perbatuan sejauh 120,000km. Tidak ketinggalan bantuan tepi jalan 24 jam dan akses ke SkyLounge by NAZA di Subang Skypark secara eksklusif selama setahun. 

Bagi meraikan ulang tahun ke-100 Citroën, Naza Euro Motors akan menawarkan servis percuma selama tiga tahun kepada 100 pelanggan pertama Citroën C3 Aircross. 

GALERI

Google ads
Back to top button