" "
Buletin

CITROEN BAKAL MENINGGALKAN WRC. APA JADI DENGAN SEBASTIAN OGIER?

Nampaknya perkembangan dalam saingan rali dunia semakin hangat. Jikalau itu hari peminat dikhabarkan tentang pembatalan perlumbaan di Australia, kini peminat rali dikejutkan dengan satu lagi berita yang kurang menyenangkan. Citroen sah bakal meninggalkan WRC!

Sebenarnya perkhabaran tentang pengunduran diri pasukan Citroen tidak dijangka sama sekali memandangkan mereka telah bersetuju untuk memberikan komitmen dalam perlumbaan WRC sehingga penghujung musim 2020.

Dan sebenarnya, pihak Citroen cuba untuk menuding jari kepada Sebastian Ogier sebagai punca utama mereka menarik diri. Beberapa hari sebelumnya, Sebastian Ogier telah membuat pengumuman mengejut untuk meninggalkan pasukan Citroen. Tanpa berselindung, beliau menyatakan rasa kurang senang dengan prestasi Citroen C3 WRC yang disifatkan sebagai tidak cukup laju berbanding jentera WRC yang lain. Begitu juga dengan proses pembangunan jentera bagi musim mendatang yang dirasakan masih tidak memadai. Sebagai bekas juara handalan, sudah tentu berlumba dengan jentera yang tidak cukup laju bukanlah sesuatu yang beliau inginkan.

Bagi pasukan Citroen sendiri, mereka menyatakan kehilangan Sebastian Ogier membuatkan pilihan untuk mereka mendapatkan pemandu handalan sebagai ganti tiada. Dan bila tiada pilihan, jalan akhir adalah mengundur diri. Alangkan guna Sebastian Ogier pun tak berapa nak laju, apatah jikalau menggunakan khidmat pemandu yang biasa biasa.

Sementara itu, pasukan Toyota yang kelihatan agak goyah sementelah menerima perkhabaran duka tentang pemergian pelumba handalan Ott Tanak bakal menampilkan khabar gembira buat peminatnya. Walaupun dinafikan terlebih dahulu oleh Prinsipa Tommi Makinen, namun Sebastian Ogier dan Elfyn Evans dijangka diumumkan sebagai pelumba baharu untuk Yaris WRC bagi musim hadapan disamping seorang lagi pelumba muda dari Finland yang baru berusia 19 tahun, Kalle Rovanpera.

Dan sekarang ini tinggalah pasukan M-Sport yang kelihatan jauh lebih parah. Dahulu, bolehlah juga mereka mengharapkan si Elfyn Evans untuk cuba memberikan sedikit saingan. Mungkin tumpuan pasukan M-Sport boleh memberikan peluang kepada pemandu Citroen Esapekka Lappi untuk cuba memberikan saingan sengit pada musim hadapan. Prestasi beliau sepanjang musim 2019 ini boleh tahan juga sebenarnya. Tengoklah macam mana barisan pelumba untuk musim 2020 nanti.

BACA : CITROEN 3 WRC 2019 : NAMPAK GARANG WEI

BACA : WRC 2019 : SEBASTIAN OGIER KEMBALI BERSAMA CITROEN. SEBASTIAN LOEB SERTAI HYUNDAI

Google ads

B K

Back to top button