Stail

KOLEKSI LIFEWEAR UNIQLO

Sambutan hangat terhadap koleksi Lifewear pada tahun lalu telah memujuk Uniqlo untuk kembali mempertaruhkan koleksi sama sempena musim bunga/panas 2014. 200-101 vce

Uniqlo-Lifewear-2014-Mekanika (1)

Sesuai dengan prinsip jenama dari Jepun itu yang tidak mengutamakan tetapan trend dunia, Lifewear kekal membariskan rekaan yang optimum dari segi inovasi, berkualiti dan universal.

Keselesaan pemakai menjadi pendahulu bagi setiap helaian Lifewear. Secara amnya, kebanyakan rekaan koleksi ini tampak seperti pakaian kasual, santai dan sesuai untuk riadah. Begitupun ia sebenarnya dikategorikan sebagai pakaian berkonsep baharu yang mempromosikan keselesaan dan fungsi.

Uniqlo-Lifewear-2014-Mekanika (2)

Cuaca pada musim bunga dan panas yang nyaman membolehkan hanya satu helai pakaian disarungkan. Tanpa perlu menambah lapisan tambahan seperti jaket bagi menghangatkan tubuh, helaian Lifewear yang diperbuat daripada material lembut, sesuai disarung terus kepada tubuh bagi memaksimumkan keselesaan si pemakai.200-310 pdf

Uniqlo-Lifewear-2014-Mekanika (5)

Sebanyak 11 projek unik disenaraikan dalam koleksi Lifewear. Ia merangkumi Linen, Supima Cotton, Jeans, Polo Shirts, Smart Style Pants, Topics! – Lush & Bloom, AIRism, Bratop, Steteco & Relanco, Ines De La Fressange dan Baju-T Uniqlo (UT).

Uniqlo-Lifewear-2014-Mekanika (10)

Helaian asas Uniqlo iaitu jean dan baju-T Polo berkolar yang sentiasa mengalami pembaharuan juga tidak terkecuali. Perubahan potongan dan warna membolehkan kedua-dua item itu berkembang selari dengan cita rasa semasa.

Uniqlo-Lifewear-2014-Mekanika (4)

Penggunaan fabrik semula jadi premium seumpama linen dan kapas Supima membuktikan keseriusan Uniqlo dalam menyediakan pakaian berkualiti tinggi. Sebagai rujukan, kapas Supima merupakan kapas premium dengan kurang satu peratus daripada keseluruhan pengeluaran global. Cirinya yang menyerap kelembapan memberikan kelembutan maksimum kepada si pemakai.

Uniqlo-Lifewear-2014-Mekanika (9)

Hutan tropika pula menjadi subjek menarik menerusi projek Topics! – Lush & Bloom. Pilihan motif berasaskan rona alam semula jadi seperti hijau yang mewakili hutan dan warna terang sebagai perlambangan bunga-bungaan membuatkan si pemakai kelihatan ceria. Ia terdiri dairpada kemeja, seluar pendek dan baju-T.

Uniqlo-Lifewear-2014-Mekanika (14)

Di bawah projek Linen, serat ekologi berkualiti tinggi dijadikan helaian sempurna bagi mencantumkan fungsi dan nilai elegan. Begitupun, keselesaan dan fungsi penyejukan pada sepanjang musim panas tetap diutamakan. Kali ini, Linen menampilkan baju (top), jaket, pakaian berkait, dres dan seluar panjang yang didatangkan dalam variasi warna menawan.

Uniqlo-Lifewear-2014-Mekanika (13)

Smart Style Pants pula adalah himpunan seluar panjang yang direka khusus untuk tujuan versatil. Ia juga membolehkan si pemakai mengubah kesesuaian seluar daripada kasual kepada ranggi. Seluar segak itu memaparkan keseimbangan antara gaya dan keselesaan serta menawarkan pilihan fungsi yang sempurna dengan fabriknya yang mudah dijaga.

Uniqlo-Lifewear-2014-Mekanika (6)

Tidak ketinggalan, pakaian dalam yang popular daripada Uniqlo iaitu AIRism. Evolusi terkini Uniqlo itu memberikan keselesaan tanpa had kepada si pemakai. Pakaian bersantai di rumah di bawah projek Stateco & Relaco juga membuka dimensi pemakaian baharu di negara ini. Inspirasi daripada helaian tradisional Jepun itu menyediakan loungewear bergaya untuk lelaki dan wanita.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Check Also
Close
Back to top button