Artikel Pilihan

CITROEN CX – LAGENDA SEJATI CITROEN

Melihatkan paras rupa kereta ini, pasti ramai akan mengungkapkan panjang betul kereta ini. Sudahlah panjang, apa hal pula tiba – tiba bahagian belakang kereta ini lowered tak tentu pasal. Inilah dia alkisah tentang Citroën CX, sebuah lagenda eksekutif untuk golongan bangsawan suatu ketika dahulu.

Sebetulnya model Citroën CX ini menggabungkan diantara model Wagon dan juga Fastback. Maka terhasillah sebuah kereta eksekutif ini yang mula berada di pasaran diantara tahun 1974 hingga ke tahun 1991. Suatu jangka masa yang agak lama. Suka juga untuk Brader Karrager kongsikan bahawa CX ini turut pernah menerima pengiktirafan sebagai European Car of The Year pada tahun 1975. Model ini juga turut dikhabarkan sebagai model terakhir Citroën sejati sebelum hadirnya Peugeot mengambil alih pada tahun 1976.

Bahagian nadi CX ini, model awalannya menggunakan enjin NA yang bersesaran 2.0 liter yang mampu menghasilkan kuasa 102bhp @ 5500rpm yang turut dipadankan dengan kotak gear manual empat kelajuan. Nampak macam lemau tapi di era itu, ianya dah kira cukup handal dengan kuasa sebegitu.

Sebenarnya, keunikan CX ini sudah tentulah terletak pada sistem ampaian jenis Hydropneumatic yang mampu melaras ketinggian kereta mengikut kesesuaian. Dan ianya memang sudah menjadi identiti kereta milik Citroën semenjak dahulu lagi. Dan harus tahu juga kereta ini turut mempunyai pekali seretan (drag coefficient) yang rendah. Tahukah juga simbol yang digunakan adalah terdiri daripada huruf ‘Cx’. Dan disebabkan itulah model ini dinamakan sebagai Citroën CX. Senang betul bagi nama.

Bagi mereka yang inginkan sesuatu yang lebih pantas dan laju, Citroën turut menawarkan sebuah model GTi Turbo. Lajulah sikit berbanding model standard kilang, iya tak? Bolehlah nak catat kelajuan maksimum 220 km/j.

Tapi kalau sewaktu memandu mengalami masalah tayar pancit, jangan mengada nak pergi buka bonet belakang cari mana tayar simpanan. Bahagian bawah pun tak ada simpan tayar simpanan ni. Sebaliknya tayar simpanan CX ini terletak di bahagian hud hadapan. Boleh pula Jurutera CX ini menyelitkannya di situ. Handal.

Sebenarnya dikalau nak diceritakan dari segi prestij CX ini sememangnya tidak boleh dinafikan taraf dan darjatnya. CX ini turut pernah digunapakai sebagai kenderaan rasmi bagi Kerajaan Perancis suatu ketika dahulu. Termasuklah Presiden Jacques Chirac yang pernah meyimpan model lagenda ini untuk kegunaan sendiri.

Populariti yang diraih bukan calang – calang. Pada tahun 1978, sejumlah 132,000 unit telah diproduksikan sekitar Eropah. Memang hehat. Malah kegunaannya tidak terhad kepada penggunaan sebagai kenderaan individu, model CX ini pernah turut digunakan sebagai Ambulan. Malah, versi wagon dengan 7 tempat duduk juga turut ditawarkan kepada pembeli kemudiannya.

Dan kejayaan model CX ini diteruskan dengan penggantinya, Citroën XM bermula tahun 1989 yang meneruskan tradisi kecemerlangan Citroën untuk memenangi anugerah European Car of The Year 1990.

BACA : CITROEN C3 WRC 2019: NAMPAK GARANG WEI

BACA : CITROEN e0-MEHARI – SEBUAH EV YANG MERIANGKAN PUN

Google ads

B K

Back to top button