Buletin

CITROEN DS3 –RM117,888

Selepas sekian lama mendengar berita tentang kehadirannya, pengedar jenama Citroen di Malaysia, Naza Euro Motors Sdn. Bhd. (NEM) akhirnya melancarkan Citroen DS3 sebentar tadi di Bangsar, Kuala Lumpur.

SONY DSC

Menjadi model ketiga dalam keluarga Different Spirit (DS) selepas Citroen DS4 dan DS5, jentera itu merupakan alternatif terbaharu dalam segmen B premium. Jika anda masih ingat, Citroen DS3 dipertontonkan kepada khalayak buat pertama kalinya pada acara Kuala Lumpur International Motor Show 2013 yang lalu.

Diundi sebagai Best Supermini oleh Kaji Selidik JD Power di United Kingdom, Citroen DS3 nyata tampil menawan. Maka tidak hairanlah jika ia mendapat sambutan hangat di pasaran Eropah.

SONY DSC

Jentera kompak itu dikuasakan oleh unit enjin aspirasi biasa (NA) bersesaran 1.6 liter. Ia kemudian dipadankan dengan transmisi automatik empat kelajuan. Sama seperti yang boleh didapati pada model Peugeot 208 VTi.

Enjin VTi 120 itu mampu menjana kuasa sehingga 120hp dan tol 160Nm. Kelajuan maksimum berada pada takat 190km/j. Pecutan dari 0 hingga 100km/j pula mampu dilakukan dalam tempoh 10.9 saat.

SONY DSC

Dengan angka itu, Citroen DS3 bukanlah sebuah hot hatch. Sebaliknya, tarikan kereta tersebut lebih kepada aspek estetik luaran serta kemasan ruang kabinnya. Selain penggunaan warna-warna yang terang seperti kuning, merah, biru dan putih, rekaan luaran Citroen DS3 memang elegan.

SONY DSC

Sebaik sahaja masuk ke dalam ruang kabin, anda dialu-alukan oleh tona berwarna hitam.

PRODUCTS work m pin guaranteed 1500 payday advance buyer recommends are complaint.

Rekaan keselurahan ruang itu dibina untuk menyerlahkan aspek kemewahan. Tempat duduknya dibalut kulit ‘Mistral Claudia’. Sementara sistem audio terdiri daripada sistem hifi premium dengan lapan unit pembesar suara, subwoofer dan ketersambungan Bluetooth.

SONY DSC

Senarai sistem keselamatan Citroen DS3 termasuklah sistem brek ABS bersama EBD dan EBA serta ESP. Sistem keselamatan pasif pula ialah enam beg udara, ISOFIX dan tali pinggang keledar tiga poin untuk semua penumpang.

SONY DSC

Antara ciri lain yang dipasang sebagai standard ialah cruise control, kawalan lampu utama dan penggilap cermin automatik, DRL, sensor parkir, penyegar udara dan banyak lagi.

SONY DSC

Dengan kehadiran Citroen DS3, NEM meletakkan sasaran untuk menjual 600 unit Citroen pada tahun ini.

SONY DSC

Jika anda ingin tampil berbeza, mungkin model ini wajar diberi perhatian. Citroen DS3 boleh anda miliki pada harga RM117,888 seunit (di atas jalan).

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button