Artikel PilihanBuletin

CITROEN C1 YANG COMEL

Petang ini, pengedar kenderaan jenama Citroen di Malaysia, Naza Euro Motors Sdn. Bhd. (Naza Euro Motors) akan memperkenalkan Citroen DS3. Tetapi sebelum itu, apa kata kita lihat dahulu model Citroen lebih kecil yang dikenali sebagai C1.

5524

Citroen C1 dijangka diperkenalkan kepada umum pada acara Geneva Motor Show 2014. Ia menggantikan model sebelumnya yang telah terjual sebanyak 760,000 unit di seluruh dunia sejak dipasarkan pada tahun 2005.

Versi terbaharu kereta bandar itu hadir dalam dua varian iaitu tiga dan lima pintu. Di samping model didatangkan dengan bumbung jenis soft-top yang diberi nama Airscape. Apa yang pasti, Citroen C1 tampil dengan pelbagai pembaharuan termasuklah rekaan lebih comel.

5525

Kereta kompak yang hanya seberat 840kg itu digerakkan oleh unit-unit enjin petrol generasi terkini Citroen. Enjin e-VTi 68 Airdream dipadankan dengan kotak gear automatik lima kelajuan. Hadir bersama teknologi Start/Stop dan cukup aerodinamik, Citroen C1 memang menawarkan penggunaan bahan api yang menjimatkan.

Sementara enjin VTi 68 pula digabungkan dengan kotak gear tanpa klac Efficient Tronic Gearbox (ETG). Transmisi automatik lima kelajuan itu menampilkan fungsi pemetaan pedal yang bertanggungjawab mengubah suai kuasa secara efektif untuk memulakan perjalanan dengan lancar.

5519

Varian Citroën C1 juga didatangkan dengan enjin VTi 82 daripada keluarga enjin PureTech. Dibina di Perancis, enjin petrol tiga silinder bersesaran 1.2 liter itu menggunakan pelbagai teknologi inovatif.

Walaupun kecil, Citroen C1 direka untuk membawa empat oarng dewasa dengan selesa. Ia memiliki dimensi 3.46 meter (m) panjang, lebar 1.62m dan setinggi 1.45m. Ruang kargonya pula berkapasiti 196 liter. Apabila tempat duduk belakang dilipat, ruang kargo menjadi seluas 780 liter.

5521

Bagi menawarkan kawalan yang intuitif, jentera tersebut dilengkapi Touch Drive Interface bersaiz tujuh inci. Sistem antara muka itu menggabungkan semua fungsi media seperti radio, telefon, pemain video dan komputer kereta. Ia juga berfungsi sebagai kamera mengundur.

Citroen C1 menjanjikan kualiti pengendalian terbaik. Berbanding model terdahulu, jentera itu menggunakan gandar belakang lebih ringan, pegas gegelung, penyerap hentak dan bar anti oleng yang baru. Semua komponen terbabit membantu meningkatkan keselesaan dan kualiliti pengendaliannya.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button