Buletin

CUBPRIX 2017 JASIN: YAMAHA Y15ZR BOLOT KEJUARAAN CP150, KASMA DANIEL MENANG LAGI

Kasma Daniel Kasmayudin meraih kemenangan keempat setelah memenangi perlumbaan akhir CP150 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2017 yang berakhir di Bandar Jasin Bestari, Jasin, Melaka, hari ini. Sementara itu, jentera Yamaha monopoli kedudukan teratas dalam perlumbaan ini.

Pelumba PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor itu menamatkan 20 pusingan perlumbaan dengan masa keseluruhan 17’18.875s, empat saat dihadapan rakan sepasukan, Mohd Ramdan Rosli manakala Ahmad Afif Amran (PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ) di kedudukan ketiga dengan masa 17’22.664s.

“Pada peringkat awal, saya sedikit ketinggalan sebelum kembali mengejar pelumba di hadapan. Persaingan kali ini semakin sengit sebelum saya berjaya memintas untuk mendahului perlumbaan. Persaingan sengit diantara pelumba di belakang saya memberi kelebihan untuk saya terus selesa di hadapan sehingga ke garisan penamat,” jelas Kasma.

BACA: CUBRPIX TELUK INTAN, YAMAHA SEMAKIN DI DEPAN

Kemenangan ini membantu Kasma untuk terus kekal di tangga teratas dengan mengumpul 100 mata, 117 mata mengatasi Afif di kedudukan kedua.

Pada masa sama pelumba muda negara itu turut mengumumkan akan beraksi secara wildcard dalam kelas 600cc pada pusingan keempat Kejuaraan Motosikal Asia FIM (ARRC) yang akan berlangsung di Litar Sentul, Indonesia, minggu ini.

Sementara itu, Azroy Hakeem Anuar merupakan pelumba paling bertuah pada hari ini apabila berjaya memenangi perlumbaan kategori CP115 meskipun terjatuh sewaktu pusingan ketiga perlumbaan.

Pemenang pusingan kelima di Maeps, Selangor itu bagaimanapun bernasib baik apabila perlumbaan telah diberhentikan setelah bendera merah dikibarkan sebelum perlanggaran diantara Azroy dan pendahulu ketika itu, Ahmad Syukran Aizat.

Sebaik perlumbaan kembali bersambung, Azroy yang memulakan perlumbaan dari petak kedua berjaya memintas Ahmad Syukran dan mendahului kedudukan sehingga ke garisan penamat.

Pelumba Givi Honda Yuzy Racing itu menamatkan perlumbaan dengan masa keseluruhan 12’36.249s diikuti Ahmad Syukran (PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ) di kedudukan kedua dengan 12’38.581s manakala Tengku Amirul Haffirudin (Motul Zeneos Yamaha YY Pang) ketiga dengan masa 12’42.460s.

Dua kemenangan berturut-turut melonjakkan Azroy ke tangga keempat keseluruhan dengan 50 mata manakala pendahulu keseluruhan, Md Akid Aziz (PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor) yang menamatkan perlumbaan di kedudukan keenam kekal di tangga teratas dengan mengumpul 105 mata.

Rakan sepasukan, Md Haziq Md Fairues di kedudukan kedua dengan 76 mata diikuti Ahmad Syukran ketiga, 67 mata.

Dalam kategori Wira, Md Syafieq Aiman akhirnya berjaya meraih gelaran juara yang pertama setelah muncul pelumba pertama melintasi garisan penamat dengan masa keseluruhan 10’52.455s sementara Md Izam Ikmal Izamli meraih gelaran nabi juara dengan masa 10’52.577s. Md Danial Syhmi (PETRONAS Sprinta Yamaha – Afb Tech) meraih tempat ketiga dengan masa 10’59.774s.

Pendahulu, Md Aiman Tahiruddin yang menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-11 setelah terjatuh pada awal perlumbaan bagaimanapun masih mendahului senarai keseluruhan dengan 91 mata manakala Syafieq naik ke tangga kedua dengan 87 mata. Saiful Azhary Muhamad (Idemitsu Kozi Yam Honda Racing) turun ke tangga ketiga dengan 68 mata.

KEPUTUSAN

1 Kasma Daniel Kasmayudin (JHR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 17:18.875s

2 Md Ramdan Rosli (SGR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 17:22.579s

3 Ahmad Afif Amran (TRG) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ 17:22.664s

4 Md Fitri Ashraff Razali (SGR) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ 17:23.210s

5 Md Azhar Abd Jalil (SGR) Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing 17:27.281s

 Kedudukan keseluruhan

1 Kasma Daniel Kasmayudin (JHR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 100 mata

2 Ahmad Afif Amran (TRG) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ 83 mata

3 Md Ramdan Rosli (SGR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 45 mata

4 Ahmad Fazli Sham (PRK) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 44 mata

5 Fakhrusy Syakirin Rostam (JHR) SCK Rapido Hi-Rev Honda Racing 42 mata

CP115

1 Azroy Hakeem Anuar (KUL) GiVi Honda Yuzy Racing Team 12:36.249s

2 Ahmad Syukran Aizat (TRG) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ 12:38.581s

3 Tengku Amirul Haffirudin (TRG) Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing 12:42.460s

4 Md Fareez Afeez (JHR) Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing 12:43.263s

5 Md Haziq Md Fairues (SGR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 12:46.821s

Kedudukan Keseluruhan

1 Md Akid Aziz (KUL) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 105 mata

2 Md Haziq Md Fairues (SGR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 76 mata

3 Ahmad Syukran Aizat (TRG) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ 67 mata

4 Azroy Hakeem Anuar (KUL) GiVi Honda Yuzy Racing Team 50 mata

5 Nazirul Izzat Md Bahauddin (MLK) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ 45 mata

WIRA

1 Md Syafieq Aiman (JHR) Elf Koyoko KC Racing Team 10:52.455s

2 Md Izam Ikmal Izamli (KUL) Persendirian 10:52.577s

3 Md Danial Syahmi (PRK) PETRONAS Sprinta Yamaha – AfB Tech 10:59.774s

4 Md Faiz Zekri Sabri (PNG) TKKR Racing Team 10:59.930s

5 Md Syarifuddin Azman (SGR) Idemitsu Kozi Yam Honda Racing 11:00.561s

Kedudukan Keseluruhan

1 Md Aiman Tahiruddin (KUL) PETRONAS Sprinta Yamaha – AfB Tech 91 mata

2 Md Syafieq Aiman (JHR) Elf Koyoko KC Racing Team 87 mata

3 Saiful Azhary Muhamad (JHR) Idemitsu Kozi Yam Honda Racing 68 mata

4 Md Syarifuddin Azman (SGR) Idemitsu Kozi Yam Honda Racing 67 mata

5 Md Danial Syahmi (TRG) PETRONAS Sprinta Yamaha – AfB Tech 63 mata

 

 

Google ads
Back to top button