Motosikal

WARNA & GRAFIK BAHARU UNTUK YAMAHA Y135LC

Untuk menyegarkan semula model yang sudah begitu lama berada di pasaran, Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) baru-baru ini memperkenalkan warna dan grafik baharu untuk Yamaha Y135LC.

Y135LC merupakan antara model terlaris Yamaha dalam segmen moped empat lejang. Warna baharu itu ialah biru, merah, perak dan hitam.

Dengan pelancaran warna tersebut, model dengan warna lama akan dihentikan pengeluaran. Anda sudah boleh membelinya di semua pengedar sah Yamaha di seluruh negara.

Perubahan hanyalah bersifat kosmetik. Maka, Y135LC masih menggunakan enjin satu silinder bersesaran 134cc. Ia berupaya menjana kuasa 12hp dan tork 11.8Nm.

Y135LC ditawarkan pada harga RM7,167 seunit (termasuk GST, tanpa insurans, cukai jalan dan nombor pendaftaran).

BACA: YAMAHA NVX 155 CUSTOM DARI THAILAND – DAH BERSEDIA NAK BUAT BEGINI?

Sebelum ini, HLYM ada menawarkan warna dan grafik baharu pada model-model lain seperti Yamaha Lagenda 115Z, FZ150i dan Y15ZR 2017.

GALERI

Google ads
Back to top button