Advertisements
Motosikal

SKUTER ADVENTURE YAMAHA BAKAL ADA VERSI 155CC DAN 250CC?

Yamaha antara pengeluar yang mencuri tumpuan di EICMA ekoran memperkenalkan dua skuter adventure serba baharu menerusi RW700 dan RW350. 

Yamaha RW700

Kedua-dua skuter ini juga sudah pun disahkan akan masuk pasaran Malaysia seawal 2027 oleh Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) berdasarkan laporan Paultan.org.

Terbaru, terdapat laporan di Indonesia yang mendakwa Yamaha berkemungkinan akan memperkenalkan versi 155cc dan 250cc. Dakwaan itu timbul berdasarkan dokumen pendaftaran yang difailkan di negara jiran itu. 

Dokuman tersebut jelas memaparkan nama model RW155 dan RW250 sekaligus memberi bayangan bahawa keluarga RW bakal berkembang dengan model 155cc dan 250cc.

Yamaha RW350

Bagaimanapun, pendaftaran nama model adalah amalan biasa bagi memastikan pengeluar mempunyai hak ke atas nama tersebut dan tidak semestinya membawa kepada lahirnya model sebenar. 

Namun begitu, kemunculan RW155 dan RW250 tidak boleh disangkal memandangkan permintaan bagi segmen 155cc dan 250cc di pasaran Asia Tenggara (termasuk Malaysia) adalah tinggi. 

Apa pun kita nantikan perkembangan lanjut mengenai model RW dari Yamaha ini. 

Google ads
Back to top button