Buletin

FERRARI TEWAS HAKCIPTA NAMA TESTAROSSA DENGAN SYARIKAT PEMBUAT PISAU CUKUR. KELAKAR KAN?

Melindungi hakcipta adalah benda pertama yang akan dilakukan oleh pembuat produk intelelek. Setiap negara mempunyai polisi dan undang-undang sendiri dan ia tertakluk pada terjemahan dalam undang-undang mereka. Tapi kami rasa yang paling lauk ialah China sebab undang-undang hakcipta macam tak wujud pun.

Baiklah, ini pula berita yang dilaporkan oleh laman web Spiegel.de. Memandangkan Abang Japar pernah berkhidmat sebagai jurutera di syarikat Jermana maka faham jugalah laporan ini dengan bantuan google. Pertama kali baca pun tak berapa nak percaya.

Ferrari hilang hakcipta nama “Testarossa”. Ya salah satu model ikonik mereka pada dekad 90-an.

BACA: FORD LINCOLN CABAR HAKCIPTA LYNK & CO

Kejadian ini berlaku di Jerman dan keputusan dibuat oleh mahkamah daerah Dusseldorf. Tapi bukan itu sahaja, mereka kalah dengan syarikat yang menghasilkan produk bukan buat kereta pun. Lebih sedih, syarikat tersebut menghasilkan pencukur, basikal dan basikal elektrik.

Kurt Hesse, usahawan dari daerah Nuremberg memfailkan kepada mahkamah kerana percaya, Ferrari tidak boleh melindungi nama Testarossa selama-lamanya. Mereka tak melakukan apa-apa sejak 20 tahun lepas.

Ferrari Testarossa dikeluarkan pada 1984 hingga 1996 dan selepas itu Ferrari tak melakukan apa-apa samada lanjutan model baru, promosi, legasi atau yang seangkatannya.

Ferrari memberi hujah bahawa mereka masih menyelenggara model tersebut dan alat gantinya masih dipasarkan untuk pelanggan-pelanggan mereka.

Namun Mahkamah tak dapat menerima hujah tersebut dengan mengambilkira servis dan perkhidmatan penyeleggaraan tersebut dibuat atas kapasiti nama Ferrari dan bukan Testarossa secara khusus.

Peguam Ferrari bagaimanapun dilapor akan memfailkan rayuan terhadap keputusan tersebut.

 

Google ads
Back to top button