Buletin

DAPATKAN KERETA SOCAR DENGAN MUDAH DI 52 BUAH STESEN PETRONAS DI SELURUH NEGARA

Sekiranya anda terasa hendak memandu kereta lain hari ini, pilihlah mana-mana model yang berkenan di hati dengan hanya berkunjung ke stesen minyak PETRONAS di seluruh Malaysia. 

SOCAR Malaysia sebagai sebuah rangkaian perkongsian kereta terkemuka di Malaysia telah menjalin kerjasama dengan lebih 52 buah stesen minyak PETRONAS di Lembah Klang, Johor dan Pulau Pinang untuk memudahkan pengguna mengambil dan mengembalikan kenderaan dengan hanya satu sentuhan pada bila-bila masa setiap hari. 

Beberapa lokasi baru yang dimasukkan ke dalam senarai ialah stesen PETRONAS di Mutiara Damansara, NPE Pantai Dalam, TTDI, Jalan Maarof, Johor Jaya dan Sunway BKE.

“Kami sentiasa berusaha mencari kaedah baru dan pendekatan berbeza untuk memberi kemudahan kepada orang ramai memandu kereta tanpa memilikinya. Justeru, kami memilih untuk bekerjasama dengan PETRONAS yang memiliki rangkaian perniagaan luas serta popular dalam kalangan rakyat Malaysia. 

“Dengan pengenalan zon-zon baru ini, kami ingin terus memperkasakan orang ramai dengan tawaran pilihan serta kemudahan daripada aplikasi kami. Sebagai sebuah syarikat teknologi yang dipacu oleh data, kami mengkhususkan perkhidmatan kami berdasarkan keperluan dan kehendak pengguna. 

“Menerusi fokus ini, kami percaya dapat meningkatkan jumlah pelanggan serta memperkenalkan lebih banyak lagi zon pada masa akan datang,” kata Ketua Pegawai Eksekutif SOCAR Malaysia, Leon Foong.

Peluasan zon-zon SOCAR dilancar selepas SOCAR Malaysia mengumumkan bahawa jumlah kenderaan yang tersedia bertambah kepada 2,000 buah merangkumi 26 model di lebih 1,000 lokasi di seluruh Lembah Klang, Johor dan Pulau Pinang.

Google ads
Back to top button