
PETRONAS SPRINTA JADI RAKAN STRATEGIK UTAMA DOCM BAGI TAHUN 2025
Ducati Official Club Malaysia (DOCM) baru-baru ini menjayakan perhimpunan terbesar Ducati di Asia sempena Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) ke-8. Ini menandakan satu pencapaian penting dalam legasi kelab sejak penubuhannya pada tahun 2016.
AGM itu menghimpunkan ahli DOCM dan peminat tegar Ducati untuk membincangkan tentang pencapaian kelab, hala tuju, serta inisiatif masa depan. Ahli DOCM menjangkau seramai 1600 orang bernaung di bawah 13 wings / chapter, masing-masing mewakili kawasan dan model Ducati. DOCM menjadi kelab yang berprestij tinggi, dan dipercayai oleh seluruh peminat DUCATI di Malaysia, Singapura, Brunei dan Thailand.
Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Presiden DOCM 2024, Hishamuddin Md Sani, yang berkongsi perkembangan kelab sepanjang tahun lalu, aktiviti, kerjasama, dan perkongsian strategik. Satu sorotan utama AGM tahun ini ialah pengumuman PETRONAS Sprinta sebagai rakan strategik utama DOCM bagi tahun 2025.

Ini merupakan satu kerjasama menarik yang akan meningkatkan lagi taraf DOCM dan memperkukuhkan kedudukannya sebagai komuniti DUCATI terkemuka di Malaysia dan Asia.
Perhimpunan Tahunan hari ini berjaya mengumpulkan sebanyak 301 buah motorsikal jenama Ducati pelbagai model. DOCM menganjurkan acara ini setiap tahun, mengukuhkan reputasinya sebagai platform utama bagi peminat Ducati untuk berhubung, berkongsi pengalaman dan meraikan minat mereka terhadap jenama ini.
“DOCM terus berkembang sebagai komuniti penunggang Ducati yang unggul di Malaysia, hasil sokongan tidak berbelah bahagi daripada ahli dan rakan kongsi kami.
“Kami komited untuk terus membangunkan kelab ini, memperkukuh semangat kekeluargaan, serta mempromosikan pengalaman menunggang yang selamat dan mengujakan untuk semua peminat Ducati,” kata Presiden 2025 Datuk Seri Nazir Hussin Akhtar Hussin.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PETRONAS Lubricants Marketing Malaysia (PLMM), Zameer Zahur Hussain, menyatakan kegembiraannya mengenai kerjasama baru ini.

“Kami sangat teruja untuk bekerjasama dengan DOCM dan menjadi rakan utama mereka untuk tahun 2025. Matlamat kami adalah untuk meningkatkan kehadiran jenama kami dalam komuniti dua roda tempatan dan menunjukkan kualiti unggul produk PETRONAS Sprinta. Melalui kerjasama ini, kami berhasrat untuk menyokong komuniti Ducati sambil memperkukuhkan penembusan produk buatan Malaysia kami di pasaran domestik,” kata Zameer.
Melangkah ke hadapan, DOCM merancang untuk menganjurkan lebih banyak acara eksklusif, konvoi, serta kerjasama antarabangsa bagi meningkatkan kehadirannya di peringkat global.
Ducati Official Club Malaysia Instagram: docmducatiofficialclubmalaysia
PETRONAS Sprinta: www.facebook.com/PETRONASSprintaAsiaPacific






