Buletin

GVE ASIA GROUP AMBIL ALIH OPERASI VW SG. BESI. BERKUAT-KUASA 2 DIS 2019

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) hari ini mengumumkan pertukaran pengedar di Sg Besi.

Berkuat-kuasa pada 2 Disember 2019, Volkswagen Sg. Besi akan dioperasikan oleh rakan pengedar yang baru, GVE Asia Group.

GVE Asia Group merupakan sebuah syarikat automotif yang mengedar serta menjual kereta penumpang premium di Malaysia.

Operasi perniagaannya terdiri daripada pengedaran kereta terpakai, jualan, selepas jualan dan perkhidmatan berkaitan automotif yang lain. Ini adalah usaha pertama GVE Asia untuk menyertai rangkaian Volkswagen.

Pengarah Urusan VPCM, Erik Winter menyatakan penghargaan kepada Wearnes Automotive atas sokongan mereka selama 11 tahun. “Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Wearnes Automotive kerana menjadi sebahagian daripada keluarga Volkswagen. 

“Kami telah menyaksikan pertumbuhan pesat selama beberapa tahun dan khidmat mereka kepada jenama ini memang tidak ternilai.

“Pada masa yang sama, saya juga berbesar hati untuk mengalu-alukan kedatangan GVE Asia Group ke dalam rangkaian ini. Saya tidak sabar melihat hasil kerjasama ini untuk sama-sama membina jenama Volkswagen dan memenuhi keperluan para pelanggan.”

Volkswagen Sg. Besi merupakan sebuah pusat 3S yang berfungsi memenuhi keperluan para pemilik Volkswagen.

Memiliki ruang seluas lebih 75,181 kaki persegi melibatkan sebuah bangunan dua tingkat, bilik pamerannya boleh mempamerkan sembilan buah kenderaan dan menempatkan pelbagai kemudahan selepas jualan yang mematuhi standard global Volkswagen. 

Pelanggan juga boleh menggunakan ruang menunggu moden yang lengkap dengan televisyen, Wi-Fi dan kafe.

Google ads
Back to top button