Buletin

DODGE HEMI CHALLENGER 1970 ‘BLACK GHOST’ TERJUAL PADA HARGA RM4.95 JUTA

Legenda di kancah perlumbaan 70-an di Detroit, Dodge HEMI Challenger 1970 atau digelar ‘Black Ghost’ baru saja dilelong pada harga AS$1,072,500 (RM4.95 juta).

Kisah kenderaan ikonik ini pernah diselubungi misteri dan pada akhirnya, selepas disembunyikan selama bertahun-tahun, ‘Black Ghost’ kembali menghantui setelah mendapat pengiktirafan Daftar Kenderaan Bersejarah Kebangsaan.

Legenda ‘Black Ghost’ bermula semasa musim panas 1970, di mana terdapat khabar angin bahawa ‘Black Ghost’ akan muncul di perlumbaan ‘underground’ di Woodward Avenue dan seterusnya menghilang secara misteri.

Dodge HEMI Challenger R/T SE 1970 ini dianggap sebagai salah satu contoh model pilihan paling tinggi pernah dibina, dikuasakan oleh enjin dual 4-barrel 426 HEMI, A34 Super Track Pack dan dipadankan bersama transmisi 4-kelajuan A833 HEMI.

Kini, ia menemui pemilik baharu, sanggup membida harga begitu tinggi selain, mencatat nama sebagai pemilik kedua ‘Black Ghost’ selepas pegawai polis, Godfrey Qualls membeli jentera berkenaan pada tahun 1969.

Pemilik baharu, Ryan Snyder dari Florida berkata bahawa dia menganggapnya dirinya pelayan berbanding sebagai seorang pemilik ‘Black Ghost’.

Menurut Greg Qualls, anak kepada Godfrey Qualls, penjualan ‘Black Ghost’ adalah bagi memastikan legasi kereta itu kekal kerana memiliki sejarah panjang dalam segmen automotif.

GALERI:

Google ads
Back to top button