
SANG LEGENDA PORSCHE 917 KINI SUDAH 50 TAHUN
Sesetengah peminat automotif mungkin berasa kagum dan teruja dengan kereta-kereta sport seperti Nissan Skyline, Toyota Supra, Honda NSX apabila dapat menyaingi kereta sport buatan Eropah
Namun satu perkara yang sentiasa unggul pada kereta buatan Eropah seperti Porsche ialah ia memang jenama berprestasi sejak daripada awal penubuhan lagi.
Tiada kereta penumpang empat pintu atau SUV sehinggalah dua dekad kebelakangan ini.
Itu pun terpaksa tunduk dek kerana kelangsungan bisnes dan perubahan citarasa pengguna.
Walau bagaimana canggih dan hebatnya jenama lain, Porsche tetap Porsche.
Anda masih lagi boleh memiliki model 911 berusia 20 tahun atau model baharu yang berbau bilik pameran.
Tiada sela masa seperti 15 tahun atau 20 tahun atau sehingga peminat mendesak untuk model baharu.
Sampai masa, model-model sport dua pintu Porsche akan digantikan dengan generasi baharu yang melekat DNA asal.
Sebab Porsche adalah jenama sport sejati dengan model niche sebagai pegangan syarikat.
Porsche walaupun tidak menyertai perlumbaan Formula Satu, ia masih cergas di pelbagai perlumbaan lain di serata dunia.
Bukan setakat di litar lumba, ada pemilik yang menggunakannya untuk memasuki perlumbaan rali.
Jenama Porsche juga adalah mengenai dunia perlumbaan dan di antara bukti legasi tersebut ialah model 917.
Porsche 917 pertama kali dipertontonkan sempena Pameran Kenderaan Geneva pada 12 Mac 1969 dan kini sudah genap 50 tahun.
Bagi menyambut ulang tahun tersebut, Muzium Porsche akan membaik pulih 917 yang pertama dikeluarkan ke keadaan asal seperti 50 tahun dulu.
917-001 sebenarnya telah mengalami banyak perubahan.
Berikut ialah garis masa Porsche 917-001:
- 917-001 adalah permulaan kepada sejarah perlumbaan model 917
- 917-001 Group 4 dibina untuk perlumbaan 24 Jam Le Mans
- Ia adalah unit pertama daripada 25 buah yang perlu dibina bagi memenuhi peraturan kelulusan model
- Ketua Pereka projek ini ialah Hans Mezger yang bukan sahaja bertangggung jawab untuk enjin 12 silinder tetapi juga keseluruhan kenderaan
- 917-001 pertama kali dipertontonkan di Geneva dengan skema warna putih dan hijau pada bahagian depan
- Skema warna kemudian ditukar kepada putih dan oren untuk Pameran Kenderaan Frankfurt pada tahun yang sama
- Apabila Porsche memindahkan aktiviti perlumbaan kepada pasukan J.W. Automotive Engineering, sekali lagi 917-001 bertukar warna mengikut tema penaja iaitu syarikat Gulf dengan warna biru muda dan oren
- Pada September 1970 dan selepas mengecapi kejayaan di Le Mans, unit ini diubah suai kepada versi short tail oleh Hans Herrmann dan Richard Attwood
- 917-001 diserahkan kepada Porsche Salzburg pada Oktober 1970 dalam skema warna kemenangan Le Mans
Sempena sambutan ulang tahun ke-50, Muzium Porsche akan menganjurkan satu pameran dari 14 Mei sehingga 15 September 2019.
Pameran dengan tajuk Colours of Speed – 50 Years of the 917 bakal mempertontonkan 10 buah model 917.
Lebih istimewa apabila Muzium Porsche akan turut mempamerkan model konsep 917 sebagai penghormatan kepada kemenangan Le Mans pada tahun 1970.
Model dengan skema warna merah dan putih ini direka oleh sekumpulan kecil pereka dan jurutera.
Cantik dan moden tetapi Porsche menegaskan ia hanya kekal sebagi model konsep untuk kajian sahaja.
- BACA: BERAPAKAH KEUNTUNGAN PORSCHE DALAM SEHARI?
- BACA: PORSCHE UNTUK RALI? KERETA MAHAL UNTUK RALI?!!
- BACA: PORSCHE AJAR CARA BETUL MENYEBUT “TAYCAN”