
MITSUBISHI STARION, LEGENDA ERA 80AN
Dalam memerhatikan trend terkini dari segi teknologi dan sebagainya, teringat juga pada era terdahulu.
Dalam dunia automotif, era sebelum ini banyak mempengaruhi apa yang ditawarkan sekarang.
Sebagai contoh reka bentuk kereta dan motosikal yang masih mengekalkan legasi model-model terdahulu.
Apabila melihat kereta-kereta era 70an, 80an dan 90an terbayang betapa meriahnya dunia automotif pada masa itu.
Ia ibarat membawa kita kembali ke zaman tersebut apatah lagi menonton filem-filem lama.
Contoh kereta hebat yang melambangkan era terdahulu ialah Mitsubishi Starion yang dikeluarkan daripada tahun 1982 hingga 1989.
Dalam tempoh tersebut kereta berbentuk coupé begini memang popular contohnya Nissan siri Z, Mazda RX-7, Toyota Supra dan Honda Prelude.
Satu lagi perkara menarik ialah jika ada yang tidak berapa setuju dengan rebadge engineering seperti yang diamalkan sekarang, Starion telah lama mempraktiskannya.
Starion dipasarkan di Amerika Syarikat di bawah beberapa nama seperti Dodge, Plymouth dan Chrysler Conquest.
Iya, bukan satu tetapi tiga jenama sekaligus.
Selain itu satu perkara menarik tentang Starion ialah ia dikeluarkan dalam dua jenis badan iaitu narrowbody dan widebody.
Model narrowbody bagi mengikuti piawaian kenderaan Jepun dalam aspek percukaian kenderaan yang lebih besar dan sesaran enjin melebihi 2000cc.
Dalam kebanyakan pasaran, model widebody mempunyai label Starion ESI-r atau Conquest TSi.
Negara yang tidak ditawarkan dengan model widebody pula datang dengan label ESI-r dan kedua-duanya mempunyai prestasi sama seperti model widebody.
Di United Kingdom, Mitsubishi Starion widebody dijual pada tahun 1987.
Model ini ditawarkan dalam dua jenis enjin utama seperti 4G63 2.0 L dan G54B 2.6 L.
Dalam tempoh pengeluarannya terdapat pelbagai varian dengan teknologi enjin dan kuasa dikeluarkan mengikut pasaran.
Starion widebody UK tahun 1987 menggunakan enjin 2.0 L berkuasa 177 bhp pada 6,000 rpm dan tork 290 Nm pada 3,500 rpm.
Pecutan dari 0 hingga 96 km/j mengambil masa 6.6 saat manakala kelajuan maksimum ialah 236 km/j.
Bayangkan prestasi tersebut dengan berat kereta hanya 1,280 kg. Pasti mengasyikkan.
Selepas Starion ditamatkan pengeluaran pada tahun 1989, Mitsubishi tidak lagi menggunakan nama ini.
Bukan terkubur tetapi Mitsubishi menggantikannya dengan sebuah lagi model ikonik iaitu Eclipse.
- BACA: MITSUBISHI DELICA D:5 2019 KINI DI PASARAN – RM142K
- BACA: RIWAYAT HIDUP – AKU SEBUAH MITSUBISHI LANCER SPORTBACK
- BACA: MITSUBISHI EVO FQ440 – HADIAH MITSU UK KEPADA DUNIA
Kredit foto: Mitsubishi Motors UK