Buletin

SELAMAT TINGGAL JURUTERA LEGENDA PORSCHE, HANS MEZGER 1929-2020

Jurutera Porsche, Hans Mezger yang membantu Niki Lauda dan Alain Frost merangkul kejuaraan F1 pada 1980-an meninggal dunia pada usia 90 tahun.

Beliau merupakan jurutera Porsche yang terkenal sekitar tahun 1960-an sehingga 1980-an. Lelaki kelahiran Stuttgart, Jerman ini mengecapi kejayaan bersama jentera sport 917, enjin TAG-Porcshe F1, sport 956 dan 911.

Mezger mula terlibat dalam projek pertama program Formula One Porsche pada tahun 1960, dengan membangunkan enjin lapan silinder 1.5 liter Type 753 termasuk jentera Porsche 804.

Ia merupakan permulaan kejayaan Mezger apabila meraih kemenangan sulung dalam dunia F1.

Pengalaman yang diperoleh dalam pembabitan projek berkenaan menyaksikan beliau membangunkan enjin baharu enam silinder 2.0 liter untuk jentera 911. Malah enjin tersebut lebih dikenali sebagai Enjin Mezger.

Pada tahun 1965, beliau diminta mengetuai jabatan permotoran dan membangunkan sebuah jentera yang boleh memenangi Le Mans.  

Beliau tidak menghampakan apabila membangunkan enjin flat-12 untuk model 917 dan Porsche yang boleh mencecah lebih 1,000hp.

Pengetahuan beliau terhadap turbo tidak dipersia-siakan. Malah menjadi pemangkin kepada pembangunan enjin flat-six yang digunakan pada model 935, 956 dan 962.

Di sebalik senarai enjin yang disebutkan tadi, antara yang paling membuatkan Mezger bangga ialah enjin TAG Turbo V6 yang dibangunkan untuk pasukan Formula One McLaren pada tahun 1980-an.

Ia ternyata menyumbang kejayaan besar dengan menang sebanyak 25 perlumbaan, dua anugerah kategori pengeluar dan tiga anugerah kategori pemandu (Nicki Lauda pada tahun 1984 dan Alain Prost untuk tahun 1985 & 1986). – motorsport

Google ads
Back to top button