Buletin

DODGE HORNET LEBIH MURAH DARI TONALE, ALFA ROMEO TAK PUAS HATI

Dodge memasarkan SUV Hornet sebagai sebuah kenderaan utiliti kompak yang paling pantas dan berkuasa dengan harga jualan di bawah julat $30,000 (RM134k) di Amerika Syarikat.

Tatkala Dodge gembira dengan sambutan yang diterima dengan jumlah tempahan hampir 14,000 dalam masa 24 jam dilancarkan, situasi itu nampaknya tidak disenangi oleh salah sebuah keluarga Stellantis – Alfa Romeo.

Ya, Dodge Hornet secara asasnya meminjam platform model Alfa Rome Tonale selain berkongsi trenkuasa, tetapan suspensi serta komponen di dalam ruang kabin.

Menurut laporan daripada The Drive, pengeluar Itali itu tidak gembira dengan langkah Dodge melakukan kejuruteraan penukaran lencana dan bampar dan meletakkan harga Hornet yang jauh lebih rendah berbanding model Tonale itu sendiri.

Dengan perbezaan hampir $10,000 (RM44,683), Alfa Romeo berdepan dengan kesukaran untuk menjual model Tonale di Amerika, memandangkan model itu diharapkan mampu untuk mengalahkan angka jualan Giulia dan Stelvio di sana.

Tidak semua suka dengan Dodge Hornet, ada di antara peminatnya yang tidak berpuas hati kerana Dodge tidak melakukan perkara yang secukupnya untuk membezakan antara model Hornet itu dengan kembar Italinya. – The Drive

Google ads
Back to top button