Motosikal

KAWASAKI Z900RS CAFE 2023. WARNA HITAM EMAS, PASARAN JEPUN SAHAJA

Kawasaki Z900RS Cafe sememangnya model moden klasik yang menarik perhatian ramai sejak diperkenalkan pada acara EICMA 2017. Sama ada tampil dalam warna hijau atau kelabu mutiara neo-retro, model itu tetap menyerlahkan jenama Kawasaki dengan prestasinya.

Walaupun pernah tampil dengan livery yang menawan, Kawasaki Z900RS cafe 2022 nampaknya memilih laluan yang lebih tenang. Ia kini tersedia dalam warna hitam metalik (Metallic Diablo Black), grafik kelabu dan pelana berwarna coklat yang menyerlahkan lagi gayaan vintajnya.

Jaluran warna emas pada penutup lampu depan, tangki minyak dan bahagian belakang menyempurnakan lagi sejarah Z900RS Cafe. Lencana emas Kawasaki pada tangki bahan api dan kemasan emas pada pula memberi efek tambahan yang lebih menarik.

Ketinggian pelana yang sekitar 820mm memastikan motosikal tersebut boleh ditunggang oleh sesiapa sahaja bersama kualiti pengendalian yang sporty.

Z900RS 2023 mengekalkan rangkaian kuasa yang sama dengan model sebelumnya. Ini bermakna peminat boleh menjangkakan enjin empat silinder sebaris bersesaran 948cc yang mampu menghasilkan 109.5hp pada 8,500 rpm dan tork 98Nm pada 6,500 rpm.

Ia juga masih menggunakan kerangka trellis keluli regangan tinggi, suspensi hadapan jenis USD boleh laras sepenuhnya dan penyerap hentak belakang yang memberikan gayaan menarik.

Buat masa sekarang, Kawasaki menyatakan bahawa jentera tersebut hanya untuk pasaran Jepun sahaja. Seperti dijangka, model 2023 datang dengan peningkatan harga sebanyak AS$200 (RM895) berbanding model 2022 pada AS$12,399 (RM55,473).

Walau bagaimanapun, skema warna hitam dan emas yang cantik itu mungkin akan menyebabkan harganya naik sedikit lagi.

Google ads
Back to top button