DONGFENG BOX RASMI DILANCARKAN: DUA VARIAN, JARAK GERAK 430KM, HARGA BERMULA RM100K
Dongfeng Motor baru-baru ini telah melancarkan Dongfeng BOX, dengan menawarkan dua varian; Dongfeng BOX E2 dan E3 untuk pasaran tempatan.
Model ini ditawarkan pada harga:
- Dongfeng BOX E2: Harga RM100,700.00
- Dongfeng BOX E3: Harga RM113,700.00
Dari penggayaan, ia dilengkapi dengan jalur lampu depan LED, rim 17-inci dan datang empat warna menarik; putih, ungu, hijau, serta biru.
Menjengah dalam kabin, ia menerima kelengkapan ciri-ciri seperti ruang simpanan dalam perehat lengan serta talam simpanan unik, kluster instrumen lima-inci, skrin sentuh infotainmen 12.8-inci dengan ketersambungan Apple CarPlay dan Android Auto serta dilengkapi pengecas tanpa wayar Qi.
Dongfeng BOX dilengkapi sistem Mach E 10-dalam-1 yang menawarkan kecekapan tenaga tinggi dengan kuasa maksimum 70kW dan tork puncak 160Nm.
Varian E3 mampu mencapai jarak memandu sehingga 430km dengan satu cas penuh, disokong oleh bateri lithium-ion 42.3kWh.
Sementara, E2 pula dipadankan dengan unit 31.45kWh, menawarkan jarak gerak sehingga 330km (CLTC).
Untuk kemudahan pengguna, kenderaan ini menyokong pengecasan pantas, membolehkan cas 30-80% selesai dalam masa hanya 30 minit.
Dongfeng BOX dilengkapi dengan ciri keselamatan canggih seperti Sistem Bantuan Pemandu Adaptif (ADAS), brek kecemasan automatik, dan kawalan jelajah pintar.
Setiap pembelian hadir dengan waranti komprehensif:
- Waranti bateri berkuasa tinggi: 8 tahun / 150,000km
- Waranti bahagian utama kenderaan: 5 tahun / 150,000km
Bagi meraikan pelancaran, pelanggan terawal akan menerima ganjaran bernilai lebih RM5,000 yang merangkumi:
- Unit pengecas mudah alih bernilai RM1,088
- Penyimpanan kabin hadapan percuma bernilai RM1,250
- Pilihan satu daripada:
- Kredit pengecasan selama 1 tahun bernilai RM3,000
- Pengecas dinding rumah bernilai RM3,288
- Penyelenggaraan servis bernilai RM3,000
Dongfeng BOX merupakan pilihan ideal bagi mereka yang mencari kenderaan elektrik inovatif, selari dengan aspirasi Malaysia ke arah masa depan hijau.
GALERI: