Artikel Pilihan

KERETA KENA CURI SEMASA PEMANDU DITAHAN POLIS AKIBAT MABUK – SEMPAT LAGI TU

Jenayah curi kereta merupakan perkara biasa di Amerika Syarikat. Malah menurut NHTSA, kecurian kereta berlaku setiap 31 saat di sana dan kebanyakannya adalah berdasarkan peluang. Maksudnya pencuri mensasarkan kereta yang tidak berkunci ataupun sasaran mudah. Contoh paling senang ialah meninggalkan kereta dengan enjin hidup untuk keluar membeli rokok.

Cuma kali ini kes yang jarang kita dengar. Pencuri ni memang nekad kerana melarikan kereta semasa pemandunya ditahan polis untuk diuji untuk menentukan sama ada beliau berada di bawah pengaruh alkohol.

Jika seorang pemandu disyaki memandu dengan pengaruh alkohol, pihak berkuasa biasanya menggunakan alat khas untuk menguji kadar alkohol dalam badan. Bagaimanapun terdapat juga ujian kesedaran fizikal (SFST) yang boleh diminta pihak polis untuk menguji keseimbangan, motor dan fokus.

Ujian SFST memerlukan pemandu keluar dari kenderaan dan tiada siapa menyangka kesempatan itu diambil oleh seorang pencuri bernama Kyle Vanwert, 39 untuk melarikan kereta tersebut.

Laporan The Minnesota Star Tribune menyatakan yang Vanwert memerhati pemandu wanita tersebut sedang mengambil ujian SFST bersama anggota polis St. John dan segera bertindak melarikan kereta milik pemandu wanita tersebut.

Wanita tersebut bernasib kerana didapati tidak berada di bawah pengaruh alkohol. Lebih bertuah bila Apple AirTag yang berada di dalam kereta tersebut membantu polis mengesan kembali kereta milik beliau dan memberkas Vanwert.

Selain menghadapi tuduhan mencuri kereta Vanwert turut mempunyai rekod jenayah lain melibatkan rompakan. Rosak engkau ni mat.

Google ads
Back to top button