OMODA DAN UNIVERSAL PICTURES BERGANDING BAHU UNTUK FILEM WICKED
OMODA, jenama di bawah naungan Chery, secara rasmi mengumumkan kerjasama eksklusif dengan Universal Pictures bagi menyokong pelancaran filem terbaru yang diadaptasi daripada muzikal pentas popular, Wicked.
Filem arahan Jon M. Chu ini memberikan pandangan segar tentang dunia Oz, dengan barisan pelakon bertaraf dunia.
Antara bintangnya ialah Cynthia Erivo, pemenang pelbagai anugerah termasuk Emmy, Grammy, dan Tony, yang memegang watak Elphaba, seorang wanita muda berkulit hijau yang sering disisihkan.
Di samping itu, Ariana Grande, penyanyi global dan penerima Anugerah Grammy, memegang watak Glinda, seorang wanita muda yang popular.
Kisah ini mengikuti perjalanan persahabatan luar biasa antara Glinda dan Elphaba, yang akhirnya ditakdirkan menjadi Glinda the Good dan Elphaba the Wicked Witch of the West.
Turut membintangi filem ini adalah Tan Sri Michelle Yeoh, pemenang Oscar pertama Malaysia, bersama ikon filem Jeff Goldblum, Jonathan Bailey, penerima Anugerah Olivier, dan Peter Dinklage, pemenang Anugerah Emmy sebanyak empat kali.
Sebagai sebahagian daripada kerjasama ini, OMODA memperkenalkan dua reka bentuk khas pada kenderaan mereka, iaitu OMODA E5 Green Witch dan OMODA 5 Pink Witch.
Seni balutan istimewa ini menampilkan Elphaba dan Glinda, yang mencerminkan watak utama filem Wicked.
Melalui kolaborasi ini, OMODA berharap dapat mencipta pengalaman unik untuk peminat Wicked dan penggemar automotif, sambil memperkukuh hubungan jenama dengan pengguna.
OMODA juga terus melibatkan generasi muda melalui pelbagai kerjasama merentas industri, yang membawa kepada pembentukan ekosistem O-Universe.
Menurutnya, inisiatif ini membolehkan jenama berinteraksi dengan penggunanya di pelbagai platform.
Bagi peminat di Malaysia, anda boleh melihat sendiri kenderaan edisi khas OMODA 5 Pink Witch yang akan dipamerkan di TGV Pavilion Bukit Jalil dari 28 November hingga 11 Disember 2024.
- BACA: DONGFENG BOX RASMI DILANCARKAN: DUA VARIAN, JARAK GERAK 430KM, HARGA BERMULA RM100K
- BACA: KERETA DICURI SEMASA PEMANDU DITAHAN POLIS KERANA DISYAKI MABUK – SEMPAT LAGI TU
- BACA: DUCATI STREETFIGHTER V4 S 2025 DILANCARKAN – 214HP, 119NM
- BACA: TOYOTA GR SUPRA UCAPKAN SELAMAT TINGGAL DENGAN FINAL EDITION 429HP – BAIK BELI CEPAT