Artikel Pilihan

TOYOTA GR SUPRA UCAPKAN SELAMAT TINGGAL DENGAN FINAL EDITION 429HP – BAIK BELI CEPAT

Toyota GR Supra menjadi semakin popular dikalangan peminat time attack, drift, drag dan macam-macam lagi cabang motosport. Bintangnya jauh lebih menyinar berbanding kembarnya BMW Z4. Malah ia juga turut menjadi subjek pilihan kaki-kaki tuning kereta dan Toyota sendiri pun nampaknya terpengaruh dengan kemuncula A90 Final Edition. Model ini hanya dihadkan pengeluarannya kepada 300 unit di seluruh dunia. Ini baru limited.

Kalau dah namanya Final Edition memang dah terang lagi bersuluh la kereta ini akan ditamatkan pengeluarannya. Masih ingat lagi dengan Mitsubishi  Lancer EVO X Final Edition? Ha samalah jugak la nanti ni. Memang sebelum ini pun ada laporan menyatakan produksi GR Supra akan dihentkan menjelang 2026.

Kereta ini adalah lebih berkuasa berbanding sebelumnya tapi Toyota masih memilih enjin B58 dan bukannya S58 yang digunakan oleh BMW M4. Ruang kemasukan enjin tersebut dilaras kembali dan pemasangan low-back-pressure catalyst membantu menambah lagi kuasa. Talaan terbaru ECU menaikkan lagi kuasa enjin 3.0 liter sebaris enam ini kepada 429 hp.

Ia turut dilengkapi dengan muffler ekzos titanium dari Akrapovic. Toyota tidak mendedahkan angka pecutan baharu Supra ini tapi itu semua tak penting. Kereta ini memang dihasilkan untuk memecut di litar dan sebab itulah ia cuma ditawarkan dengan satu pilihan transmisi sahaja: 6-kelajuan manual.

Kuasa henti disumbangkan oleh cakera Brembo bersaiz 13.6 inci dengan pad brek istimewa. Suspensinya pula adalah dari KW boleh laras sepenuhnya dan dipinjam dari GR Supra GT4. Komponen seperti bushing juga dipinjam dari GR Supra GT4. Fuh…power.

Akhirnya ia disumbat dengan rim-rim ringan bersaiz 19 dan 20 inci yang dibalut dengan tayar-tayar Michelin Pilot Sport Cup 2 yang 10 peratus lebih lebar. Bahagian kargo belakang kini menempatkan cross brace yang boleh dilihat dari luar.

Google ads
Back to top button