Motosikal

BENDA NAPOLEONBOB 500 TIBA DI PENGEDAR – RM27,888

Selepas dipamerkan kepada orang ramai ketika di Malaysia Autoshow 2024, MForce dengan rasminya mengumumkan bahawa BENDA Napoleonbob 500 akhirnya tiba di pengedar. 

Motosikal berkonsepkan ‘power cruiser’ itu kini boleh didapati dengan harga jualan rasmi RM27,888. Bagi pasaran tempatan, Napoleonbob 500 hadir dengan dua warna pilihan; Black dan Grey.

Atas kertas, Napoleonbob 500 menawarkan 47hp pada 8,800rpm dan 42Nm pada 6,700rpm yang terhasil dari enjin V-Twin 475.6cc DOHC. Kuasa disalurkan kepada tayar belakang menerusi transmisi manual 6-kelajuan dengan bantuan klac slipper. 

Berbanding BENDA LFC700 yang menawarkan gaya cruiser futuristik moden, Napoleonbob 500 pula hadir dengan ciri lebih klasik dan retro bagaimanapun dilengkapi dengan kelengkapan moden termasuk skrin TFT, lampu LED penuh dan traction control. 

Antara ciri ditawarkan termasuk:

  • fork teleskopik depan dan monoshock belakang
  • rim 16-inci 
  • kaliper brek tunggal 320mm depan dan 260mm belakang
  • tangki bahan api 16L

Menurut MForce,pelanggan akan menikmati waranti perbatuan tanpa had untuk tempoh dua tahun bagi setiap pembelian BENDA Napoleonbob 500.

GALERI: BENDA NAPOLEONBOB 500

Google ads
Back to top button