Buletin

EMBLEM STERENG TERCABUT SEWAKTU KEMALANGAN, NISSAN RECALL 404K KERETA DI AMERIKA

Nissan Amerika Syarikat mengumumkan kempen panggil semula melibatkan 404,690 unit kenderaan yang merangkumi Nissan Titan, Nissan Frontier, Nissan Xterra, Nissan Pathfinder, Nissan Armada (model tahun 2008-2011) serta Nissan Quest (2008-2009).

Masalah ini adalah spesifik kepada emblem yang dibekalkan oleh Autoliv pada roda stereng.

Ini kerana disebabkan oleh resin yang digunakan boleh retak dan tercabut sewaktu beg udara meletus, di mana emblem tersebut boleh menjadi sebuah objek projektil dan menyebabkan kecederaan.

Isu yang melanda kereta-kereta lama Nissan ini tiada kaitan dengan kempen recall Takata yang masih lagi berlaku sehingga kini. – NHTSA

Google ads
Back to top button