Buletin

TAYAR CONTINENTAL BAKAL GUNA 100 PERATUS BAHAN LESTARI, KITAR SEMULA

Menjelang tahun 2050, syarikat pengeluar tayar Continental berazam untuk menghasilkan produk yang diperbuat 100 peratus daripada bahan yang lebih lestari dan kitar semula.

Bahan getah asli masih lagi menjadi unsur utama untuk penghasilan tayar pada masa hadapan, namun ia akan dibantu dengan sumber-sumber berasaskan tanaman lain seperti dandelion serta minyak tumbuhan dan sekam padi untuk sumber bahan silika.

Menurut Continental, penggunaan sekam itu adalah penyelesaian yang lebih cekap tenaga untuk proses pembuatan.

Selain itu, Continental akan menggunakan botol plastik yang telah dikitar semula untuk dijadikan sebagai benang poliester untuk penghasilan sarung tayar.

Pembuatan satu unit tayar memerlukan antara sembilan hingga 15 botol yang dikitar semula, dan ia juga merupakan alternatif yang lebih cekap tenaga.

Buat masa ini, kebanyakan tayar moden sudah pun mempunyai kandungan 15 hingga 20 peratus penggunaan bahan yang lestari dan bahan kitar semula, menurut Continental.

Google ads
Back to top button