Artikel Pilihan

ENJIN BOLEH BREK KE?

Brek enjin atau sebutannya dalam bahasa Inggeris engine braking adalah satu fenomena di mana enjin digunakan sebagai sebagai brek berbanding sebagai mesin yang digunakan untuk menghasilkan tenaga. Habis tue dalam enjin ada pad brek ke? Ada pelapik brek ke? Bila kene tukar? Bukan macam tu tuan yang arif.

Kalau dilihat dari segi konsep, enjin ini boleh ditakrifkan sebagai pam udara besar di mana ia bertindak mengepam udara, bahan api dicampurkan, dan tenaga dihasilkan. Tapi kalau bahan api tidak dicampur, ia hanya akan mengepam udara dan membebaskan udara semula ke persekitaran. Usaha mengepam dan membebaskan udara ini sebenarnya menggunakan tenaga. Dalam konteks automotif, tenaga ini diperolehi dari tenaga kinetik pergerakan kereta.

Katakan anda sedang memandu menuruni bukit yang tinggi. Disebabkan tinggi, kereta anda menyimpan tenaga yang tinggi dan tidak perlu menggunakan petrol untuk bergerak ke depan. Kereta anda kekal dalam gear D atau D3 atau gear 4 bagi kereta manual. Anda tidak menekan pedal minyak, namun kereta menuruni bukit secara terkawal. Anda tidak perlu menekan pedal brek pun.

Namun yang peliknya RPM kereta anda kekal tinggi, contohnya ia kekal pada 4000 RPM walaupun anda tidak menekan pedal minyak. Keadaan ini disebabkan kereta yang beregrak menuruni bukit, memindahkan tenaga kinetik yang akan memusingkan tayar dan transmisi kereta anda. Piston akan bergerak seperti biasa namun tiada petrol yang akan dibakar. Kebanyakan enjin moden akan dilengkapi dengan sensor yang akan menghentikan penghantaran petrol sebaik sahaja pedal minyak dilepaskan.

Putaran aci engkol tadi akan dibaca sebagai RPM pada meter kereta. Namun jika anda tidak menekan pedal minyak, injap throttle akan tertutup. Keadaan ini menghasilkan situasi vakum antara injap throttle dan piston. Bagi mengatasi vakum ini, piston perlu menghasilkan tenaga melalui pembakaran bahan api dan udara. Disebabkan tiada tenaga dihasilkan, maka piston akan berhenti bergerak.

Jika kereta ini dipandu atas permukaan jalan yang rata, fenomena vakum ini tadi akan menyebabkan kereta berhenti. Namun jika dipandu menuruni bukit, fenomena ini akan menyebabkan kereta perlahan tanpa pemandu menggunakan pedal brek. Tenaga kinetik yang terhasil dari pergerakan kereta akan ditukar kepada tenaga haba melalaui proses brek enjin. Dan ini menjawab persoalan di atas, tiada pelapik brek di dalam enjin.

Ia hanya menukar enjin dari sebuah jana kuasa tenaga menjadi pam udara sahaja. Pam ini menukar tenaga kinetik kenderaan menjadi tenaga haba. Tapi nanti ada adik sepupu kepada kawan kepada mak cik kepada atok yang kerja kilang brek BMW kata ini akan merosakkan sistem enjin dan brek. Tenang saja tuan-tuan.

Konsep brek ialah menukar tenaga kinetik kepada tenaga haba bagi menghentikan pergerakan kereta melalui proses gesera. Apabila brek ditekan, ia akan menukar tenaga kinetik kepada tenaga haba. Haba ini akan berkumpul di cakera brek dan pelapik brek. Menggunakan brek secara ekstrim berulang ulang kali semasa menuruni bukit akan menyebabkan masalah brake fade disebabkan oleh suhu yang tinggi. Walaupun brek cakera dengan liang udara membantu, ia masih tiada sistem penyejukan tersendiri.

Pernah ke anda melihat sistem brek lengkap dengan sistem penyejuk dan radiator? Kalau ada sila kirimkan pada kami ya. Enjin pula memiliki sistem penyejukan dan radiaotor yang tersendiri. Walaupun tenaga haba yang dijana oleh enjin semasa proses brek ini berlaku, ia akan menyingkirkan haba keluar ekosistem dengan pantas dan cekap. Brek digunakan sebagai membantu proses brek enjin supaya menjadi lebih efisyen. Brek sangat sensitif dengan suhu. Semakin tinggi suhu, kecekapan brek akan menurun.

Mazda CX30

Dari segi kecekapan penggunaan petrol, sebaik sahaja menuruni bukit dan pedal minyak dilepaskan maka kebanyakan enjin moden yang dipasang dengan sensor dan pemancit bahan api akan menghentikan bekalan petrol kepada enjin. Pergerakan anda menjadi terkawal dan penggunaan petrol akan menurun. Anda memandu secara efisyen.

Akhir sekali teknik ini akan mengurangkan kebergantungan anda kepada sistem brek. Pelapik brek, pad brek dan cakera brek akan tahan lebih lama dan anda tidak perlu menggantikannya dengan lebih kerap. Maka selamatlah duit anda daripada mengeluarkan belanja untuk melakukan servis pada brek. Malah dengan menggunakan sistem brek enjin, cecair hidraulik brek akan tahan lebih lama dan tidak teroksida akibat menerima haba yang berlebihan ketika membrek.

Namun sistem ini ada juga kelemahan berbanding dengan kaedah brek biasa. Salah satunya ialah apabila melakukan brek enjin, kereta akan menjadi perlahan namun lampu brek yang memberi isyarat kepada kereta belakang bahawa anda sedang memperlahankan kenderaan tidak akan menyala. Ini sedikit sebanyak akan membahayakan kenderaan di belakang jika mereka mengekori kereta secara rapat.

Anda kena berlatih dan tahu bila waktu yang sesuai untuk melakukan brek enjin. Jika anda melakukannya terlalu awal, RPM enjin akan naik dan berputar melebihi julat biasa. Ini akan meletakkan enjin dan sistem transmisi dalam tekanan dan mungkin akan merosakkannya. Jadi tentukan julat operasi brek enjin sebab kalau rosak kos pembaikannya adalah mahal

Proses brek enjin akan mengambil sedikit masa berbanding dengan proses brek yang biasa. Sekiranya anda perlu membrek di dalam situasi kecemasan, brek enjin tidak akan membantu. Tekanlah brek anda dengan pantas dalam situasi kecemasan.

Tags
Google ads
Back to top button