Buletin

ETCM SUMBANG RM30,000 KEPADA PBSM

Edaran Tan Chong Motor (ETCM) baru-baru ini menyumbang sebanyak RM30,000 kepada Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM) dalam usaha meringankan beban mangsa banjir.

ETCM-ETCM-mekanika

Sumbangan itu diserahkan oleh Pengarah Pemasaran dan Perancangan Produk ETCM bagi pihak Tan Chong kepada Pengerusi Kebangsaan PBSM. YM Tunku Tan Sri Shahriman Tunku Sulaiman.

Ia merupakan sebahagian daripada program tanggungjawab sosial Tan Chong. Sebelum ini, ETCM melancarkan Kempen Bantuan Nissan yang bertujuan membantu para pemilik yang kenderaan Nissan mereka rosak akibat banjir.  

Kempen Bantuan Nissan bermula dari 27 Disember 2014 hingga 28 Februari 2015. Ia  menawarkan diskaun sebanyak 25 peratus ke atas pembelian alat ganti tulen Nissan dan kos buruh. Kos menunda juga diberi percuma sehingga RM150.  

Bagi membantu kakitangannya yang terjejas akibat banjir, Tan Chong juga ada mengadakan satu program untuk mengumpul sumbangan daripada semua kakitangannya di pelbagai peringkat  di seluruh negara.

Maklumat lanjut mengenai Kempen Bantuan Nissan, pelanggan boleh menghubungi talian 24 jam Nissan:  1800-88-3838

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button