Pandu Uji

TOYOTA VIOS FACELIFT – BERMULA RM74,700

Berita baik buat mereka yang merancang untuk membeli Toyota Vios. Ini kerana UMW Toyota baru sahaja mengumumkan tentang model Vios facelift di laman web rasminya.

Vios-facelift-mekanika (2)

Ini bermakna ia bakal ditawarkan kepada orang ramai tidak lama lagi. Penambahbaikan pada model sedan segmen B itu tidaklah banyak, namun tetap signifikan.

Penambahan utama pada model facelift ialah aplikasi sistem kemasukan tanpa kunci dan butang penghidup enjin pada semua varian, daripada J (AT) hinggalah versi tertinggi, TRD Sportivo.

Selain itu, ruang kabin varian 1.5G juga didatangkan dengan kemasan berwarna hitam. Sebelum ini, varian tersebut mempunyai kabin dua tona iaitu beige dan hitam.

Vios-facelift-mekanika (3)

Selari dengan penambahbaikan itu, UMW Toyoata turut mengumumkan harga baharu buat semua varian Vios. Pendek kata, ia mengalami sedikit kenaikan berbanding harga ketika dilancarkan secara rasmi pada Oktober 2013.

Vios ditawarkan pada harga bermula RM74,700 untuk model 1.5J (MT), RM78,800 bagi 1.5J (AT), 1.5E berharga RM84,300, 1.5G boleh anda miliki pada harga RM89,000 dan varian tertinggi 1.5 TRD Sportivo berharga RM94,800 seunit.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button