Modifikasi

MODIFIKASI TREK HONDA CIVIC EG

Orang selalu tanya, apa yang best sangat tentang Honda? Ye la, kereta Honda guna  enjin NA sahaja, tak ada turbo atau supercharger. Apa yang ada cuma sistem VTEC.

SONY DSC

Kalau bandingkan dari segi kuasa enjin, dah tentu kalah dengan Wira Turbo. Apatah lagi dengan ‘raksasa’ macam Mitsubishi Evo atau Subaru Impreza. Kalau dengan Skyline GTR usah cerita la, makan asap.

Lepas tu, aksesori bukannya murah, semua mahal dan diimport. Harga half-cut pun dah macam boleh buat downpayment Mitsubishi Evo. Jadi kenapa masih ramai yang minat Honda?

SONY DSC

Baiklah, bagi orang yang pernah ada Honda, mereka semua tahu yang kelebihan Honda bukanlah untuk tujuan perlumbaan drag atau saja-saja nak memecut di lampu isyarat. Tetapi kelebihan Honda terletak di atas litar lumba.

Ya, walaupun kereta Honda mengalami defisit kuasa berbanding jentera berkuasa turbo, namun defisit itu diganti dengan kelebihan pengendalian yang jitu. Kalau tak percaya, cuba anda tengok kereta apa yang sering mendapat podium dalam perlumbaan Saturday Night Fever (SNF) di litar Sepang?

SONY DSC

Ini belum saya keluar cerita kereta Civic 2nd Gen kuning milik Halim zaman-zaman SNF di litar Batu Tiga, Shah Alam. Kalau anda otai main kereta, mesti ingat kan?

Kombinasi chasis ringan, enjin yang mampu menderu ke tahap rpm tinggi dan sistem gantungan jenis double wishbone membuatkan chasis Honda Civic dari model EF ke siri EK merupakan chasis yang cukup sempurna untuk dijadikan kereta trek yang baik.

SONY DSC

Mohamad Faizal Mahpar yang bermastautin di Batu Pahat, Johor ini menjadikan jentera Civic siri EG sebagai projek modifikasinya. Walaupun tak digunakan untuk tujuan perlumbaan, tetapi kereta ini sudah diubah suai mengikut gaya sebuah jentera trek yang berbisa.

Civic spesifikasi tempatan ini macam biasa, digantikan dulu enjinnya sebab enjin D16 asalnya mana boleh blah. Enjin itu diganti dengan enjin B16A yang diambil daripada half-cut Civic EG6. Jadi, pemasangannya menjadi mudah dan semua barang yang datang dengan half-cut boleh disalin terus tanpa masalah.

SONY DSC

Enjin yang disalin itu kemudian diubah suai dengan memasukkan kepala silinder enjin B18C Type-R. Penapis udara pula diganti dengan penapis udara Mugen. Sepasang cam pulley boleh laras jenama Arospeed kemudian dipasang bagi melaras timing camshaft. Intake manifold asal enjin juga dah diganti dengan intake manifold OEM B18C Type-R bersama throttle body.

Tidak sempurna modifikasi enjin VTEC macam ini kalau sistem ekzos tak diusik. Sebab itu Faizal menggantikan manifold ekzos asal enjin dengan manifold 4-2-1 spec JASMA. Ia disambung kepada paip ekzos tengah custom 2.3 inci dan diakhiri dengan peredam bunyi Buddy Club. Bagi menyelaras kawalan enjin, ECU asal enjin dinaik taraf kepada ECU Mugen.

SONY DSC

Kuasa enjin disampaikan kepada satu senjata rahsia Honda iaitu kotak gearnya. Di sinilah kekuatan sebenar Honda yang membuatkan jenteranya cukup berbisa di atas litar lumba dan jalan raya. Kotak gear asal EG6 dengan nisbah akhir 4.4 digunakan dan dibantu dengan klac jenis perlumbaan daripada Ogura.

Untuk memantapkan lagi pengendaliannya, Civic ini dilengkapi satu set penyerap hentak boleh laras sepenuhnya daripada GAB SS Series. Sebuah strut bar Integra Type-R dipasang pada bahagian hadapan. Sementara bahagian belakang dilengkapi  Beaks subframe tie bar, subframe bar ASR dan sepasang kit camber Hard Race. Jadi anda boleh agak sendiri betapa bagusnya pengendalian Civic ini di selekoh.

SONY DSC

Prestasi pengendalian ditingkatan lagi menerusi pilihan tayar dan rim. Tayar yang baik dengan rim yang ringan memang amat membantu untuk mendapatkan tahap pengendalian kereta bertaraf A1.

Faizal memilih set rim Volk Racing TE37V berdiameter 15 inci dan dibalut dengan tayar-tayar Toyo Proxes R1R bersaiz 195/55/15. Brek kereta disalin kepada sistem brek OEM Civic EG6, iaitu cakera sepenuhnya berbanding cakera / gelendong untuk spesifikasi tempatan.

SONY DSC

Menyentuh tentang aksesori, Civic EG ini menggunakan aksesori gentian karbon untuk kebanyakan panel badannya. Bukan sahaja cantik, malah panel-panel karbon ni mengurangkan lagi berat kereta.

Panel-panel karbon itu menggantikan bonet depan, fender depan, cermin sisi, bonet belakang dan spoiler belakang. Itu saja rasanya dah dekat 50kg boleh kurang. Bampar belakang pun sudah ditebuk bagi meringankan lagi kereta. Tetapi semuanya saya rasa macam tak berbaloi sebab kereta ini dipasang sunroof original EG6.

SONY DSC

Pada bahagian kabin, ia sudah disalin dengan papan pemuka dan set lengkap kemasan dalaman Civic EG6 spesifikasi tahun 1994. Untuk pemandu, tempat duduk dari Bride dipasang yang lengkap dengan tali keledar perlumbaan Takata. Stereng yang digunakan pula ialah daripada Nardi. Di atas papan pemuka, sepasang meter KS dipasang untuk memberi bacaan suhu dan tekanan pelincir.

Walaupun kereta ini mungkin tak akan dapat kejar Evo atau Impreza di jalan lurus, tetapi rasanya di laluan bengkang-bengkok, belum tentu Evo atau Impreza boleh tinggal jauh kereta ni. Sebab itulah Honda Civic generasi pertengahan ini tetap menjadi pilihan kaki petrol yang sejati.
[hr]GALERI

SONY DSCSONY DSCSONY DSCSONY DSCSONY DSCSONY DSCSONY DSCSONY DSC

 

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button