Buletin

ETCM UMUM PELANTIKAN BAHARU

Edaran Tan Chong Motor Sdn. Bhd. (ETCM) baru-baru ini mengumumkan pelantikan beberapa orang pegawai kanannya bagi membolehkan ETCM serta Nissan terus maju ke tahap lebih tinggi di peringkat tempatan dan serantau.

Datuk Dr. Ang Bon Beng yang sebelum ini merupakan Pengarah Eksekutif ETCM akan dilantik sebagai Pengarah Kanan Serantau. Beliau bertanggungjawab memantau keseluruhan operasi perniagaan ETCM di Indo-China.

Datuk Dr. Ang yang memiliki pengalaman selama bertahun-tahun lamanya dan rekod cemerlang dalam membina kejayaan operasi ETCM di Malaysia akan mengetuai operasi Nissan di Indo-China untuk mencapai kejayaan yang sama.

“Saya akan mengadaptasi dan mengulangi kejayaan ETCM di Malaysia kepada operasi di Indo-China. Dengan struktur pengurusan baharu ini, saya benar-benar percaya kami akan mampu untuk meneruskan pertumbuhan dan meningkatkan kehadiran jenama Nissan dan ETCM di Malaysia serta di peringkat serantau,” katanya.

Datuk David Chen Yuen Thiam telah dilantik sebagai Pengarah Eksekutif ETCM.  Tanggungjawabnya merangkumi keseluruhan operasi jualan, pemasaran serta perancangan produk ETCM di Malaysia. Beliau akan memulakan struktur organisasi yang baru bagi memacu hasil jualan dan perniagaan di Malaysia.

Sebelum menyertai ETCM, David ialah Pengarah Urusan Operasi Antarabangsa Abdul Latif Jameel Group di Dubai, Emeriah Arab Bersatu (UAE).

Tan Keng Meng dilantik sebagai Pengarah Pemasaran dan Perancangan Produk ETCM di Malaysia. Beliau mahu membawa barisan model Nissan yang lebih inovatif dan aktiviti-aktiviti pemasaran yang kreatif ke dalam industri automotif tempatan.

Khoo Cheng Pah, Pengarah Jualan ETCM ini akan dilantik sebagai Pengarah Serantau operasi perniagaan ETCM di Indo-China. Beliau akan berpangkalan di Vietnam dan membantu Dato’ Dr. Ang dalam mengurus keseluruhan operasi perniagaan ETCM di Indo-China.

 

 

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button