Buletin

FCA MAHU BERGABUNG DENGAN RENAULT GROUP, CADANG KEPENTINGAN 50-50

Fiat Chrysler Automobiles (FCA) mengesahkan bahawa ia telah menghantar cadangan gabungan 50-50 dengan Renault Group. 

Kertas cadangan daripada FCA itu hadir selepas kedua-dua belah pihak mengadakan perbincangan untuk mengenal pasti produk dan geografi yang boleh mereka jalinkan kerjasama, terutama dalam membangunkan teknologi-teknologi baru. 

Renault menyatakan pihaknya telah menilai kertas cadangan FCA dan akan melakukan kajian mendalam mengenai peluang perniagaan hasil gabungan ini. Sekiranya penggabungan ini berhasil, ia bakal menggabungkan jenama Jeep, Chrysler, RAM, Fiat, Alfa Romeo, Renault, Nissan, Dacia dan Lada di bawah satu bumbung. 

“Gabungan perniagaan ini akan mampu menjual kira-kira 8.7 unit kenderaan setahun. Ia akan menjad peneraju dunia dalam aspek teknologi EV, jenama premium, SUV, trak pikap dan kenderaan komersial. 

“Entiti ini juga akan mempunyai keberadaan yang lebih luas dan seimbang di seluruh dunia berbanding mana-mana syarikat yang beroperasi secara bersendirian,” kata FCA dalam satu kenyataan. 

Penggabungan di antara kedua-dua pengeluar kenderaan itu akan distruktur sebagai pemilikan 50-50 menerusi sebuah syarikat Belanda, diikuti oleh bayaran dividen khas berjumlah AS$2.8 bilion (RM11.7 bilion) kepada para pemegang saham FCA. 

Sekiranya rancangan ini berjaya, penggabungan tersebut akan membentuk pakatan automotif terbesar di dunia dengan jualan mencecah 15 juta unit setahun. Malah tiada kilang bakal ditutup selepas penggabungan ini. 

FCA dan Renault kini memiliki gabungan nilai pasaran bernilai AS$36.5 bilion (RM153 bilion). 

  • BACA:
  • BACA:
  • BACA:
  • BACA:
Google ads
Back to top button