Buletin

MAZDA CX-5 2.5 TURBO SAH AKAN MASUK MALAYSIA

Realitinya, Mazda ni memang sebuah syarikat yang lain dari yang lain. Bayangkan ketika mereka mula membuat SUV, mereka ada CX-5 dan CX-7. Kedua-duanya saiz hampir sama tapi menggunakan enjin yang berbeza. CX-5 pakai enjin 2.0GLS dan 2.5L, tapi CX-7 cuma ada satu pilihan enjin iaitu 2.3 Turbo.

Sekarang, tiada lagi CX-7 tetapi Mazda merupakah syarikat kecil yang pada hari ini ada rangkaian SUV yang komprehensif, dari CX-3, CX-30, CX-5, CX-4 (di China), CX-8 dan CX-9.

CX-5 merupakan aset penting Bermaz Motor yang merupakan pemegang hak jenama Mazda di Malaysia. Dari model pertama hingga generasi kedua, CX-5 menjadi antara model SUV segmen C terlaris di pasaran tempatan.

Ia juga pelik kerana model spesifikasi paling tingginya ialah disel 2.2 AWD.

Di pasaran Amerika dan Jepun, model 2.5 liter turbo (petrol) kini merupakan rangkaian terbaru untuk model premium. Sejak dilancarkan, ramai pembaca bertanya adakah model ini akan masuk ke pasaran tempatan?

Anda rasa?

Kalau Mazda RX-8, Miata, CX-9 (RM290K) pun Bermaz boleh bawa masuk, CX-5 2.5 turbo bukanlah benda besar pun.

Ya. model 2.5 ini akan ke pasaran tempatan dan menurut sumber kami, ia akan menggantikan versi 2.2 disel turbo. Ini bermakna, CX-5 akan kekal dengan empat varian iaitu 2.0L GL, 2.0L GLS, 2.5L GLS dan 2.5T.

Enjin 2.5 turbo baharu ini adalah versi sama yang digunakan pada model CX-9. Ia menghasilkan 230ps dan 420Nm tork, boleh jadi SUV paling berkuasa dalam kelasnya.

Model ini juga dikatakan akan dijual dalam julat harga 2.2 diesel yang lama. Iaitu sekitar RM170K hingga RM180K.

Berpatutan kan?

Google ads
Back to top button