FEDEX LANCAR PERCUBAAN PENGHANTARAN RENTAS SEMPADAN MALAYSIA-SINGAPURA GUNA EV
FedEx Express, anak syarikat FedEx Corp. (NYSE: FDX), salah satu syarikat pengangkutan ekspres terbesar di dunia, akan melancarkan percubaan penghantaran rentas sempadan pertama dari Malaysia ke Singapura menggunakan kenderaan elektrik (EV).
Langkah ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan syarikat untuk mengurangkan jejak karbon serta menggalakkan penggunaan kaedah logistik lestari.
Percubaan ini akan melibatkan penggunaan ‘Maxus eDeliver 7’ dari Stesen FedEx di Shah Alam ke kemudahan FedEx di Lapangan Terbang Changi di Singapura, meliputi jarak sejauh 406 kilometer.
Menurutnya, FedEx memanfaatkan percubaan ini untuk menilai keberkesanan operasi bagi kutipan dan penghantaran rentas sempadan masa depan.
Maklumat yang diperoleh sangat penting untuk memperbaharui operasi syarikat di masa depan, tidak hanya memberi manfaat kepada alam sekitar, tetapi juga meningkatkan kecekapan kenderaan.
Selain itu, ia juga bakal memberikan perkhidmatan yang lebih efisien kepada pelanggan.
Percubaan ini menandakan satu pencapaian penting bagi FedEx dalam usaha mencapai matlamat mentransformasi seluruh rangkaian kenderaan kutipan dan penghantaran globalnya kepada kenderaan emisi sifar menjelang tahun 2040.
Pada Mei 2023, FedEx telah menambah dua EV dalam rangkaian kenderaannya di Malaysia untuk operasi kutipan dan penghantaran bungkusan di sekitar Lembah Klang.
Baru-baru ini, FedEx juga telah melancarkan alat pelaporan emisi karbon berasaskan awan, FedEx® Sustainability Insights, untuk memberikan maklumat sejarah emisi kepada pelanggan di Malaysia.
Pelanggan FedEx boleh menggunakan data tersebut untuk membuat keputusan yang lebih maklum tentang strategi penghantaran masa depan bagi mengurangkan impak terhadap alam sekitar.
Bagi maklumat lanjut tentang program kelestarian FedEx, sila layari https://www.fedex.com/en-us/sustainability.html
- BACA: GOODYEAR TUTUP KILANG DI SHAH ALAM BERKUATKUASA 30 JUN 2024 – 550 PEKERJA TERJEJAS
- BACA: PROTON CATAT HASIL JUALAN 13,602 UNIT PADA FEBRUARI – S70 SEDAN SEGMEN C PALING POPULAR
- BACA: 10 KERETA PALING MAHAL DI DUNIA – DUNIA SEMUA NI DIK
- BACA: PERLINDUNGAN MAKSIMUM, OPERASI ENJIN OPTIMUM DENGN PETRON BLAZE