Buletin

SMART #1 VARIAN PRO KINI MULA DIHANTAR KEPADA PELANGGAN

smart Malaysia hari ini mengumumkan smart #1 varian Pro kini sedia untuk memulakan penghantaran.

Varian ini meningkatkan kepelbagaian rangkaian smart bagi menawarkan pilihan harian premium yang sempurna untuk keperluan mobiliti individu.

Varian Pro diserlahkan melalui rim aloi-19 inci dan bumbung halo panoramik serta didatangkan dengan lima pilihan warna luaran iaitu Digital White, Laser Red, Cyber Silver, Quantum Blue, Future Green.

Di bahagian dalam pula, ia menampilkan trim standard After Dark.

Varian ini dilengkapi bateri LFP berkapasiti 49kWj, menawarkan jarak gerak sehingga 315km berdasarkan kitaran WLTP.

Dengan kuasa pengecasan 130kW DC, ia boleh dicas sepenuhnya dalam masa kurang daripada 30 minit di bawah keadaan optimum.

Sebagai tambahan, smart Malaysia memperkenalkan Penyelesaian Pengecasan Rumah, Perkhidmatan Sehenti, yang memudahkan pembelian, pemasangan, dan penjadualan Pengecas Rumah smartCharge melalui Aplikasi Hello Smart.

smart Malaysia turut memperkenalkan Pemilikan Premium All-Inclusive bertujuan untuk meningkatkan pemilikan serta bebas kebimbangan untuk pelanggan. Tawaran utama termasuk:

  • Jaminan Bateri bervoltan tinggi selama 8 tahun atau 200,000km
  • Jaminan komponen bervoltan tinggi selama 8-tahun atau 150,000km
  • Jaminan kenderaan selama 4-tahun tanpa had perjalanan
  • Jaminan alat ganti selama 2-tahun tanpa had perjalanan
  • Bantuan Perkhidmatan Jalanan 24/7
  • Pengecas AC smartCharge percuma berharga RM3,200 dengan jaminan 2-tahun
  • Kabel V2L percuma berharga RM800 dengan jaminan 2-tahun
  • Pakej aksesori percuma bernilai RM2,000
  • 5-tahun Data Internet percuma dengan jumlah 60GB
  • Perlindungan Insuran smartPlus yang komprehensif

Harga On-The-Road (tanpa insurans) smart #1 Pro – dengan Cukai Jualan dan Perkhidmatan ialah RM189,000.

Pelanggan boleh menghubungi Pengedar Sah smart untuk mengetahui lebih lanjut tentang smart #1 atau memuat turun Aplikasi Hello smart daripada Apple App Store, Google Play Store dan Huawei App Gallery.

Google ads
Back to top button