AdvertorialBuletin Khas

PERLINDUNGAN MAKSIMUM, OPERASI ENJIN OPTIMUM DENGN PETRON BLAZE

Salah satu ciri unik yang ada pada minyak samaada minyak pelincir ialah, kelikatan minyak akan berubah bergantung pada suhu sekeliling. Semakin tinggi suhu persekitaran, semakin cair kelikatan minyak pelincir.

Ini bermakna pada waktu pagi sebelum enjin dihidupkan, minyak pelincir adalah pekat seperti jeli. Manakala pada waktu tengahari dan ketika enjin beroperasi, minyak pelincir akan menjadi cair seperti air

Keadaan menjadikan proses untuk menghasilkan minyak pelincir yang berkualiti dan tahan pada perubahan suhu serta menawarkan perlindungan maksimum pada komponen enjin adalah sangat mencabar dan memerlukan kos yang mahal dalam proses R&D

Kalau anda terjumpa minyak pelincir yang dijual terlalu murah, daripada jenama yang tidak pernah didengari maka anda harus berhati hati dengan kualiti dan cara penghasilan minyak pelincir tersebut.

Bukan semua minyak pelincir dihasilkan dengan teknologi tinggi seperti minyak pelincir Petron Blaze Racing HTP yang ditawarkan dengan aditif tambahan Thermal Stress Stabilizing System atau singkatannya TS³

Bahan aditif TS³ bertindak menutup kelemahan minyak pelincir pada suhu tinggi dengan menawarkan perlindungan tambahan maksimum pada komponen enjin yang sedang beroperasi pada persekitaran dan suhu yang tinggi

Sebotol minyak pelincir merupakan gabungan bahan aditif dan bakinya terdiri daripada base oil yang diekstrak daripada petroleum asli. Selepas melalui proses penyulingan berperingkat, base oil dikategorikan kepada beberapa kumpulan, tapi base oil yang paling bagus dikenali sebagai polyalphaolefin

Dalam menghasilkan minyak pelincir berkualiti tinggi hanya memilih untuk menggunakan polyalphaolefin disebabkan struktur molekulnya yang lebih sekata lantas mengurangkan geseran enjin, membantu menjadikan enjin lebih cekap tenaga dan mengurangkan penghasilan haba dalam enjin

Disebabkan Polyalphaolefin atau singkatannya PAO menjadikan enjin beroperasi lancar, maka isu geseran dan penghasilan serbuk besi daripada komponen enjin akan dihapuskan secara terus. Secara tidak langsung Petron Blaze Racing HTP menawarkan perlindungan enjin yang lebih bagus dan memanjangkan jangkahayat enjin

Berbanding dengan base oil yang lain, minyak enjin yang dihasilkan daripada PAO juga didapati lebih tahan kepada proses pengoksidaan akibat suhu tinggi dan menawarkan kestabilan suhu yang lebih baik.

Berbeza dengan minyak pelincir jenama lain, Petron Blaze Racing HTP menawarkan perlindungan enjin yang optimum biarpun sudah menghampiri 10,000km atau 6 bulan

Jadi apabila minyak pelincir Petron Blaze Racing HTP dihasilkan daripada polyalphaolefin dan digabungkan dengan bahan aditif TS³, ia menghasilkan minyak pelincir yang menjadikan enjin berupaya beroperasi secara optimum, lebih lancar, cekap tenaga dan menawarkan persekitaran yang lebih sejuk pada enjin

Kelebihan yang dihasilkan oleh formula Petron Blaze Racing HTP menawarkan perlindungan enjin dan berupaya memanjangkan jangkahayat enjin dengan memberikan perlindungan terhadap hakisan dan kehausan

Formulasi yang dirumus oleh Petron Blaze Racing HTP ini juga berupaya memanjangkan sela masa servis kenderaan hasil daripada kestabilan minyak pelincir terhadap pengoksidaan dan juga rintangan suhu tinggi yang lebih baik

Kemampuan dan prestasi luar biasa yang ditunjukkan oleh Petron Blaze Racing HTP ini dibuktikan dengan pengiktirafan oleh badan antarabangsa yang mengawalselia gred dan kualiti minyak pelincir seperti American Petroleum Institute dengan gred API SN dan European Automobile Manufacturers’ Association (ACEA)

Malah beberapa pengeluar automotif berjenama turut memberikan pengesahan kualiti minyak pelincir Petron Blaze Racing HTP seperti Mercedes Benz, BMW, Volkswagen dan juga Renault.

Selain boleh dibeli terus di stesen minyak Petron dan bengkel servis Petron, minyak pelincir Petron Blaze Racing HTP boleh didapati secara atas talian di saluran rasmi Petron di laman e-dagang seperti Shopee (https://bit.ly/PetronLazadaMY) dan juga Lazada (https://bit.ly/PetronShopeeOS)

Google ads
Back to top button