Artikel Pilihan

10 KERETA PALING MAHAL DI DUNIA – DUNIA SEMUA NI DIK

Dah namanya pun senarai kereta termahal dunia jangan harap la akan ada kereta tempatan dalam senarai ni. Miata abang pun tak layan dik. Tapi abang tak kisah sebab semua ni hanya untuk info semata-mata. Peminat kereta dah tentu dapat agak kereta-kereta yang bakal disenaraikan atau lebih tepat lagi supercar dan hypercar.

Semua harga yang dipaparkan adalah harga semasa dilancarkan dan bukannya harga yang meningkat tahun demi tahun ataupun harga lelongan. Jadi mari kita tengok 10 kereta termhal di dunia.

  1. Bugatti Divo (USD5.8 Juta)

Divo ni sebenarnya sama dengan Chiron standard tapi ia diberi beberapa kelebihan seperti rim yang lebih ringan dan intercooler yang diperbuat dari gentian karbon. Material penyerap bunyi pula dibuang untuk mengurangkan berat menjadikannya 77 paun lebih ringan daripada Chiron.

Kuasa masih sama dengan Chiron iaitu 1,500hp tapi pakej aerodinamiknya menjadikan Divo lapan saat lebih pantas berbanding Chiron di litar Nardo. Hanya 40 unit Divo dihasilkan dan setiap satu dijual dengan harga USD5.8j.

  • SP Automotive Chaos (USD6.4 Juta)

SP ataupun Spyros Panopoulos merupakan satu nama baharu dalam dunia hypercar tapi ia mula menggegar dunia dengan Chaos yang bernilai USD6.4juta dan mempunyai 2,000hp kuasa hasil janaan enjin 4.0 liter V10 turbo berkembar. Itu baharu Chaos standard.

Dilaporkan ada juga Chaos yang lebih mahal dengan tanda harga USD14.4juta dan kali ini dengan kuasa maksima 3,000hp!

  • Pagani Codalunga (USD7.4 Juta)

Dalam banyak-banyak model Pagani yang semuanya mahal-mahal inilah yang paling mahal sekali. Diinspirasikan daripada model keluaran tahun 60an menjadikan kereta ini cukup eksklusif.

Ia menggunakan enjin V12 6.0 liter 829 hp yang kemudian digandingkan dengan kotak gear sequential 8-kelajuan yang memberikan bayangan jentera perlumbaan bila dipandu.

  • 777 Hypercar (USD7.5 Juta)

Ini adalah jentera perlumbaan ultra eksklusif dengan chasis carbon monocoque homologasi FIA dengan rekaan LMP-1. Ia menggunakan enjin NA 4.5 liter V8 yang boleh diperah sehingga 9,000rpm. Hasilnya ialah kuasa maksima 730hp dan boleh dipecut sehingga 230 mph.

  • Mercedes-Maybach Exelero (USD8.0 Juta)

Ini merupakan model one off dari Mercedes-Maybach dan ditempah khas oleh Fulda, subsidiari kepada syarikat Goodyear untuk meguji tayar baharu mereka. Exelero dihasilkan pada tahun 2004 dan diasaskan daripada Chasis Maybach.

Enjin V12 milik Exelero mampu menghasilkan 690hp kuasa maksima dan mampu mencatat kelajuan maksima 350 kmj. Fuh, laju bhaii…

  • Bugatti Centidieci (USD9.0 Juta)

Sebuah lagi model rare dari Bugatti dan dilancarkan di Pebble Beach tahun lepas. Hanya 10 unit dihasilkan dan ia mengimbas kembali kehebatan EB110 satu ketika dulu dan kali ia diterjemahkan dengan ciri-ciri yang lebih moden.

  • Bugatti Chiron Profilee (USD10.8 Juta)

Nampak macam Chiron standard tapi kenapa mahal sangat? Sebab ia cuma ada satu unit sahaja. Hanya rakaan badan dan spoiler belakang yang membezakannya daripada varian Chiron yang lain.

  • Rolls-Royce Sweptail (USD12.8 Juta)

Dah namanya Rolls-Royce mana ada murah. Memang itu harga kemewahan walaupun cuma mempunyai 453hp berbanding kereta lain dalam senarai tapi ia memang mempunyai tanda harga yang sangat menyakitkan hati B40 macam kami.

  • Bugatti La Voiture Noire (USD13.4 Juta)

Inilah Bugatti paling mahal pernah dihasilkan dan diinspirasikan dari model peribadi Type 57 SC Atlantic milik Jean Bugatti. Enjin sama macam Chiron tapi mempunyai rupa paras yang lebih agresif dengan rim yang lebih radikal.

  1. Rolls-Royce Boat Tail & Rolls-Royce La Rose Noire Droptail (USD28 Juta & 30 Juta)

Keduanya merupakan model-model termahal Rolls-Royce dan dilengkapi dengan ciri-ciri yang biasanya boleh didapati di atas kapal layar mewah. Antaranya ialah peti sejuk khas untuk minuman keras (Haram untuk orang Islam okey) dan payung khas. Ya, payung je tapi kereta korang ada tak?

Sudah tentunya kedua-dua model ini super terhad dan cuma ada satu unit sahaja.

Sumber Motor1.com

Google ads
Back to top button