Buletin

FELOTOO M ONE, ‘MOTOCOMPO’ VERSI EV – 100KM SEKALI CAJ, BERMULA RM12K

Pengeluar EV dari China, Felo baru-baru ini mendedahkan Motocompo elektrik serba baharu, Felotoo M One pada acara Tokyo Motorcycle Show 2023.

Menurut laporan, setakat ini M One hanya ditawarkan di pasaran Jepun.

Dari segi dimensi, skuter elektrik boleh lipat itu berukuran 1,160mm (panjang), 560mm (lebar), 860mm (tinggi) dan jarak roda pada 80mm.

Ketinggian tempat duduk adalah 23.22 inci serta mempunyai berat 37 kilogram. Ini bermakna ia boleh dibawa masuk ke dalam pesawat dengan mudah. Secara keseluruhan, ia kelihatan sangat praktikal.

Felotoo M One dipacu oleh pek bateri litium 48 volt, 20 amp-jam dan dipadankan bersama 400 watt hub motor, menghasilkan output maksimum satu kilowatt. Felo memberi anggaran jarak kira-kira 100 kilometer bagi setiap pengecasan penuh.

Ketua Pegawai Eksekutif dan pengasas Felo Technology, Zhang Jingyi juga mahu peminat Motocompo mengambil perhatian satu lagi ciri utama M One iaitu V2L (vehicle-to-load).

Ia diperbuat daripada apa? Kerangka M One diperbuat daripada aloi magnesium-aluminium, bertujuan mencapai kekuatan dan menawarkan keseimbangan lebih baik. Sebaik sahaja dilipat, ketinggian M One adalah 583mm atau kira-kira 22.9 inci.

Seperti dinyatakan di atas, M One hanya dikeluarkan di pasaran Jepun pada suku keempat 2023 dengan harga sekitar AS$2,890 (RM12,726).

Google ads
Back to top button