Artikel Pilihan

NANTIKAN KEMUNCULAN SEMULA MITSUBISHI COLT JUN INI – MACAM BIASA KU LIHAT KERETA NI

Previu Colt pernah ditunjukkan oleh Mitsubishi setahun yang lalu dan ia dikatakan akan mula dipasarkan pada tahun ini 2023. Kini sekeping foto teaser mula berlegar di internet siap dengan tarikh pelancarannya pada 8 Jun akan datang. Berdasarkan sekeping gambar ini juga dapat kita simpulkan yang Colt baharu ini merupakan Renault Cliot yang direbadge semula.

Renault Clio sendiri pun dikatakan sedang diuji untuk proses facelift bagi pasaran 2024 dan tidak dapat dipastikan jika Clio facelift sendiri akan dilancarkan sebelum 8 Jun. Patutnya kena tunjukkan Clio facelift baru diikuti dengan model rebadge.

Tak kisahlah rebadge ni bukannya benda baharu pun tambahan pula bagi warga Malaysia macam kita ni. Dah biasa tengok kan? Lagipun Clio tu bukannya tak lawa pun. Alah sedangkan Fiat Multipla dulu pun ada je orang beli. Kia Sephia pun laku satu ketika dahulu.

Sudah tentu akan ada perubahan di sini sana bagi membezakannya dari model asal khususnya pada bahagian hadapan. Jangan lupa ASX baharu juga merupakan Renault Captur yang direbadge kembali. Yang berbeza logo dan beberapa bahagian sama macam kami bagitahu tadi la.

Sewaktu mengumumkan kembalinya Colt ke pasaran Eropah, mereka turut menunjukkan model dengan logo “Hybrid EV” pada sisi pintu dan menurut jangkaan kami mereka sudah bersedia untuk meminjam teknologi EV daripada model Clio E-Tech Hybrid. Bijak.

Colt baharu ini akan dihasilkan di kilang Renault Bursa, Turki. Lokasi pengeluaran yang sama dengan Clio generasi kelima. Kini mereka tidak perlu bimbang dengan saingan terdekat mereka iaitu Ford Fiesta dan VW Polo kerena Fiesta sudah dihentikan pengeluaran dan Polo bakal menerima nasib yang serupa sebaik peraturan emisi Euro 7 dikuatkuasakan. Audi dari awal lagi dah menegaskan yang mereka tidak berminat untuk meneruskan pengeluaran A1 generasi ketiga.

Harap-harap Colt ni masuk juga la ke pasaran Malaysia. Dulu ada jugak cita-cita nak beli Colt Ralliart tapi duit tak cukup. Isk isk.

Google ads
Back to top button